in ,

Che Ta Mahu Hadiahkan Anak BMW X6

Aktres Rozita Che Wan aka Che Ta mendedahkan yang beliau akan merealisasikan impian anak sulungnya Ammar Effendy, dengan membelikan sebuah kereta sport. Kereta tersebut sebagai hadiah kerana Ammar berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru baru ini dengan memperoleh 8A. Wah, kalau betul, bestnyaaa…. tapi bukan ke kereta BMW X6 untuk orang tua ke? Sesuai ke dengan budak-budak remaja ni?

Anak Sulung Che Ta Dapat 9A Mahu Hadiah Kereta Sport?

Menurut isteri kepada Zain Saidin ini, beliau ingin menghadiahkan sebuah BMW X6 yang menjadi keinginan anak lelaki kesayangannya itu namun perlu menunggu kerana beliau mahu selesaikan urusan membeli kereta untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.

Che Ta dan Zain merancang untuk membeli sebuah kereta baru yang lebih besar memandangkan beliau kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Anjur Program Jeyarawara Rio To Malaysia

Siapa Sebenarnya Nadia Adha?