in

Chandra Berduet Dengan Dato’ Sheila Majid Dalam Album Kedua

Mimpi Chandra di Album Kedua Bersama Dato’ Sheila Majid 

Impian Chandra untuk berduet bersama Diva Jazz Malaysia Dato’ Shiela Majid menjadi kenyataan di dalam album kedua beliau berjudul Ingat Diriku. Album ini telah berada di pasaran Indonesia sekitar bulan Disember 2008.

Sejak melahirkan album pertama, “Dari Hati Terdalam”, pada Ogos 2007 lalu, Chandra telah hadir didalam Industi muzik Indonesia disamping dengan kerjaya tetapnya sebagai Pereka Hiasan Dalaman.

Beliau merupakan pelajar lulusan Fakulti Teknik Architecture Universiti Parahyangan, Bandung ini telah hampir 13 tahun menimba pengalaman menjadi penyanyi latar dipelbagai majlis-majlis besar dan konsert. 
 
Antara konsert yang menampilkan beliau sebagai penyanyi latar ialah Konsert Mendiang Chrisye bertajuk Sendiri (1994) dan Konsert Badai Pasti Berlalu (1996) serta Konsert Dekade (2003), Konsert KD (2001) dan Erwin Gutawa in Concert (2002),Konsert Titi DJ, Sang Dewi, Konsert Titiek Puspa.

chandra

Chandra telah datang ke Malaysia untuk rangka promosi albumnya. Gambar Chandra sedang ditemubual oleh wartawan dan perantara GALA TV dari Astro Awani.

Disamping itu, beliau juga telah membuat penampilan khas Ruth Sahanaya di panggung dalam negeri dan negeri jiran seperti Konsert Bicara Cinta di Kallang Theatre, Singapura,dan Force of Nature di Kuala Lumpur. 
 
Di pertengahan tahun 1990-an, Chandra sempat aktif sebagai vokalis KSP Band, kumpulan yang berasal dari Bandung. Sementara itu, pada akhir tahun 1990-an hingga tahun 2000, Chandra pernah bersama sebagai vokalis 4U Band, kelompok muzik yang memperjuangkan irama acid jazz. Manakala bersama kumpulan Acoustic Punch, Chandra teruji dalam  mendendangkan lagu-lagu broadway atau irama crossover.

Tahun lalu, beliau telah bergerak secara solo, Chandra telah tampil memeriahkan panggung Tribute to Broery Marantika, di Balai Sarbini, Jakarta. Dan beliau telah membuat penampilan khas yang mengandingkan Chandra sebagai featuring artist dalam album perdana, dengan berduet bersama Ruth didalam lagu Rahsia Pengagum. 


 
Chandra bukan saja menjadikan Ruth Sahanaya sebagai idolanya , tetapi juga Dato’ Sheila Majid. Dalam berbagai kesempatan manggung di Jakarta atau Malaysia, Chandra hampir dipastikan terlibat mengiringi penampilan pelantun tembang Antara Anyer dan Jakarta itu.  
 
“Chandra sudah seperti adik bagi saya,” ujar Dato’ Sheila ketika ditemui pada tahun Disember 2008 yang baru sahaja menunaikan ibadah haji. Dan, kini duet “adik-kakak” tersebut menunjukkan kualiti vokal yang sangat menakjubkan melalui single “Ingatlah Diriku”. Lagu ini hasil ciptaan Bemby Noor ini menjadikan impian Chandra satu kenyataan.
 
Menurut Chandra, “Dulu saya pernah bersama diva muzik Indonesia, Ruth Sahanaya. Sekarang dengan Kak Sheila, rasanya begitu banyak nikmat yang saya rasakan dalam berkarya didalam bidang muzik ini” Pelawaan dari Chandra kepada Sheila telah dibuat sejak tahun lalu, tanpa banyak pertimbangan beliau sudi menerima tawaran untuk terlibat bersama didalam album kedua ini. 
 
Proses rakaman ini telah dibuat di Studio Baby Boss, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, pada 21 September 2008 lalu, yang kebetulan jatuh pada ulang tahun Chandra. Uniknya, dalam proses rakaman ini, Dato’ Sheila banyak memberi panduan dan tip untuk menyanyikan lagu ini dengan baik sekali. “Saya senang bekerjasama bersama Kak Sheila, beliau professional. She is the real diva,” kata Chandra yang sempat membuat interview bersama-sama sejumlah media di Kuala Lumpur sewaktu merakamkan lagu ini. 
 
Setelah bergandingan dengan Tohpati di album pertama, dalam album kedua ini, Chandra membuat penampilan bersama Budi Rahardjo, gitaris Drive Band, sebagai pengarah muzik. Chandra juga pernah tampil sebagai executive producer melalui label Remix Records bersama Eko Sulistyo sebagai produser.

Selepas bersama Remix Records, Chandra pula muncul sebagai produser Lima, band yang baru mengeluarkan album perdana yang juga dilancarkan di CJ’s Bar, Hotel Mulia, Jakarta, Selasa, 27 Januari 2009. 
 
Album ini memuatkan empat lagu baru yang menampilkan Ingatlah Diriku (featuring Sheila Majid) sebagai single pertama. Istimewanya, Ingatlah Diriku dikemaskan dalam sebuah sampul CD lux. Didalamnya juga terdapat lagu-lagu dari album terdahulu berjudul, Dari Hati Terdalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Drama Embun Mutiara Arahan Heykal Hanafiah

Poster Teaser Final Filem Setem