in

Chad Bakal Tinggalkan Radio Hot FM

Pada hari ini, Budiey ada menerima satu berita yang agak sedih jugalah… di mana pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah mengumumkan bahawa Nur Shazrena Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Chad akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu bermula Oktober 2014.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chad, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan pakaian yang bakal diusahakan.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Chad sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang.

Semoga Chad terus sukses. Teringat semasa mula menemubual Chad semasa beliau pertama kali dilamar jadi penyampai di Hot FM.

Chad Hot FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama SELUDUP Cabar Kemampuan Jehan Miskin

Meet & Greet Bersama Maya Karin di TGV Aeon Tebrau City