in

Ceriakan Cuti Sekolah di Program TV3

JOM CERIAKAN CUTI SEKOLAH BERSAMA TV3!

Cuti sekolah kembali lagi. Pastinya adik-adik di rumah menantikan rancangan-rancangan menarik untuk ditonton di kaca TV sepanjang minggu ini. Kali ini, nantikan pelbagai rancangan istimewa di TV3 di dalam tiga slot utama iaitu, School Holidays Special, Jom Relaks! dan Mega Movie.

Buat peminat kecil TV3, jangan ketinggalkan menyaksikan sekuel Barbie melalui dua filem terbaiknya iaitu “Barbie Presents Thumbelina” dan “Barbie as Rapunzel” pada 17 dan 18 Mac. Seterusnya, “Disney High School Musical 2” pula pastinya bakal menceriakan lagi pagi 19 Mac yang mengisahkan warna-warni kehidupan remaja dengan alunan muzikal yang mengasyikkan!

“Jom Relaks!” kembali menghiasi petang para penonton dengan empat drama dari Indonesia iaitu “Lagenda Pemburu & Ular Raksasa”, “Lagenda Ratu Pantai Selatan”, “Lagenda Roro Jonggrang” dan “Lagenda Cap Gomeh Di Pulau Kemarau”. Filem “Underdog” yang dimuatkan di dalam slot Mega Movie akan menjadi penutup hari Jumaat adik-adik dan sekeluarga. Mengisahkan tentang seekor anjing yang mempunyai superpower, pastinya adik-adik akan teruja dengan kehebatan anjing istimewa ini.

SCHOOL HOLIDAYS SPECIAL!
“Barbie Presents Thumbelina”
Rabu, 17 Mac 2010, 9.32 pagi

Kanak-kanak perempuan akan menyukai filem animasi CG, Barbie Presents Thumbelina, yang mempunyai karakter-karakter magik dan pemandangan yang indah. Ceritanya mempunyai unsur-unsur alam sekitar di mana seorang perempuan telah cuba menghalang ibubapanya daripada memusnahkan sebuah ladang yang indah untuk membina sebuah kilang. Sementara menanam pokok-pokok dengan sekumpulan kanak-kanak, Barbie terdengar kanak-kanak lain mentertawakan pokok kecil milik seorang daripada mereka. Barbie terus menceritakan kisah Thumbelina, seorang perempuan kecil yang boleh membuat perubahan yang besar. Thumbelina adalah salah seorang daripada kumpulan Twillerbess yang menetap di rumah magik disekelilingi alam sekitar yang indah.

Pelakon: Kelly Sheridan, Anna Cummer, Kelly Metzger, Tabitha St. Germain & Cathy Weseluck.

“Barbie as Rapunzel”
Khamis, 18 Mac 2010, 9.32 pagi

Cerita dongeng ini diberikan nafas baru dengan teknonolgi komputer sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Barbie sebagai Rapunzel, seorang gadis berambut perang keemasan dikurung oleh seorang wanita sihir di dalam menara. Suatu hari, Rapunzel melukis gambar sebuah Istana yang indah dan dibayangkan suasana yang damai. Dia mengidamkan sebuah kehidupan sebegitu. Mampukah Rapunzel keluar dari penyeksaan ini dan hidup bersama orang yang dicintainya?

Pelakon: Kelly Sheridan, Chantal Strand, Anjelica Huston & Mark Hildreth.

“Disney’s High School Musical 2”
Jumaat, 19 Mac 2010, 9.32 pagi

Musim panas kembali. East High Wildcats sekali lagi menjadi perhatian sempena cuti sekolah kali ini yang bakal berlangsung di Lava Springs Country Club, di mana Sharpay cuba mendapatkan Troy dari Gabriella dan rakan-rakannya. Sharpay mengidamkan Troy menjadi teman duetnya untuk Midsummer Night’s Talent Show nanti. Filem terbitan Disney Channel ini merupakan sambungan filem pertama yang menjadi fenomena remaja seluruh dunia.

Pelakon: Zac Efron, Vanessa Hudgens, Ashley Tisdale, Lucas Grabeel & Monique Coleman.

JOM RELAKS!
“Lagenda Pemburu & Ular Raksasa”
Isnin, 15 Mac 2010, 3 petang

Mengisahkan tentang misteri Sungai Sangi di mana Andi menemui begitu banyak emas. Ceritanya, Sangi dan Dinda saling mencintai antara satu sama lain namun cinta mereka tidak direstui oleh ayah Dinda kerana kemiskinan Sangi. Sangi membawa diri ke sebuah Sungai yang kini dikenali sebagai Sungai Sangi, di sana dia terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan malah dia telah disumpah menjadi ular raksasa. Dinda pula setia menunggu kabar berita dari Sangi. Setelah sekian lama, akhirnya Sangi pulang dengan wajah baru dan kebal terhadap apa sahaja. Ayah Dinda masih menolak Sangi. Ayah Dinda mengadakan pertandingan untuk menjadi suami Dinda, Sangilah pemenangnya. Walaupun usia dan rupa Dinda semakin lanjut, Sangi tetap kelihatan muda. Namun, akhirnya Sangi mati di sungainya sendiri.

Pelakon: Poppy Bunga, Teuku Firmansyah & Fandy Christian.

“Lagenda Ratu Pantai Selatan”
Selasa, 16 Mac 2010, 3 petang

Kadita yang berusia 20 tahun tidak menyedarkan diri setelah sekian lama dan kini bangun semula. Kadita dapat merasa tempat asalnya telah dikuasai oleh Horta, dukun ilmu hitam yang jahat. Kadita mendapat bantuan dari Mbah Kromo dan menyamar menjadi cucu Mbah Kromo. Horta menyedari akan kelibat Kadita kerana Kadita sering membantu mengubati penduduk kampung. Sedang Horta memburu Kadita, dia tidak semena-mena telah jatuh cinta dengan Kadita. Kadita pula rapat dengan pemuda bernama Rano. Konflik di antara mereka bertiga semakin hebat hari demi hari. Dan apakah identiti sebenar Kadita akan diketahui umum?

Pelakon: Dhea Ananda, Lian Firman & Shenny Andrea.

“Lagenda Roro Jong Grang”
Rabu, 17 Mac 2010, 3 petang

Pada zaman dahulu, ada sebuah kerajaan Pengging yang diketuai oleh Sang Raja dan anaknya, Joko Bandung. Joko Bandung merupakan pemuda tampan yang gagah dan memiliki pelbagai ilmu sakti. Dia juga mempunyai cita-cita tinggi untuk menakluk kerajaan Prambanan sehingga dia menolak untuk berkahwin selagi cita-citanya itu tidak tercapai. Mulalah perang di antara dua kerajaan ini. Kerajaan Prambanan yang diketuai oleh Raja Boko juga merupakan kuasa besar pada masa itu. Raja Boko mempunyai seorang puteri yang jelita iaitu Roro Jonggrang. Dapatkah kerajaan Pengging menewaskan kerajaan Prambanan? Apa pula yang akan terjadi kepada sang tewas?

Pelakon: Rizky Hanggono & Alexandra Ria Gotarrado.

“Lagenda Cap Gomeh Di Pulau Kemarau”
Khamis, 18 Mac 2010, 3 petang

Seorang pedagang muda berbangsa Cina dari Jakarta datang berdagang ke Kota Palembang di Sumatera. Di sana dia berkenalan dan jatuh cinta dengan seorang gadis tempatan yang cantik dan baik. Namun, mereka merahsiakan hubungan mereka kerana takut dilarang oleh orang tua kerana perbezaan asal usul dan bangsa. Kedua-dua mereka memohon petunjuk dari Tuhan mereka dengan cara masing-masing agar mendapat kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan. Gadis ini memberontak tidak mahu makan jika tidak dapat berkahwin dengan pedagang berkenaan. Terpaksalah Ayah gadis mengalah dan mengiyakan permintaan puterinya itu. Ayah gadis ini mengajukan beberapa syarat yang sama sekali sukar diterima oleh kedua orang tua pedagang tersebut. Bertembunglah dua budaya berbeza dan apakah yang berlaku seterusnya?

Pelakon: Hessel Steven & Nuri Maulida.

MEGA MOVIE
“Underdog”
Jumaat, 19 Mac 2010, 10 malam

Ceritanya bermula seperti biasa, Shoeshine, anjing pemerhati yang menjalani hari-hari malang. Suatu hari, dia memperoleh kuasa ‘superhero’ yang luar biasa! Dia turut mempunyai kebolehan untuk bercakap. Dia dijaga oleh seorang pengawal keselamatan yang merupakan bekas polis. Shoeshine menggunakan kuasanya untuk melindungi orang yang disayanginya dan penduduk Capitol City dari penjahat, Simon Barsinister.

Pelakon: Jason Lee, Peter Dinklage, James Belushi, Patrick Warburton, Alex Neuberger, Taylor Momsen, John Slattery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Roket! Destinasi: Bintang Hafiz, Aril dan Akim

Filem Budak Lapok di RTM Cuti Sekolah Ini