in

Juara Program Realiti Si Cilik Bakal Berentap dalam CERIA MEGASTAR

Buat julung kalinya, seramai 18 peserta yang lahir dari program-program pencarian bakat cilik terbitan Astro dan rakan penyiaran lain akan disatukan di bawah satu bumbung, dalam sebuah program realiti terbaharu, “Ceria Megastar” yang dijangka akan menemui peminat pada setiap hari Jumaat, mulai jam 8.30 malam. Ianya akan disiarkan di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135), dan di platform digital, Astro GO, untuk pilihan yang lebih fleksibel.

CERIA MEGASTAR

Program yang menghimpunkan kepelbagaian bakat-bakat terbaik adik-adik yang berumur dalam lingkungan 4 tahun ke 20 tahun ini termasuk barisan juara daripada program ‘Ceria Pop Star’, ‘Bintang Kecil’, ‘Ceria All Star’ dan ‘Ceria i-Star’ akan berentap mempertaruhkan kelebihan bakat masing-masing dalam merebut takhta terunggul, ‘MEGASTAR’.

Penaung Astro Ceria, Datuk Aznil Haji Nawawi dan juga pelawak terkenal tanah air, Johan, bakal menduduki kerusi Juri Tetap yang akan menilai persembahan setiap peserta pada setiap minggu, manakala pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad pula diberi kepercayaan untuk menggalas tugasan selaku Pengacara Program.

Dalam pada itu, “Ceria Megastar” turut menampilkan seorang selebriti pada setiap minggu bagi memegang tugasan ‘Juri Jemputan’. Siapakah rakan-rakan artis “Ceria Megastar” ini? Nantikan pengumuman kami di sesi sidang media yang akan berlangsung pada petang ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Manchester United Membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia

Fakta Yang Korang Patut Tahu Tentang Filem SURF THIS LOVE : GELORA JUARA