in

Ceria Lebaran Program Fesyen Kanak-Kanak Popular

Ceria Lebaran : 13 Episod Program Fesyen Kanak-Kanak Popular Di TV1

Sudah menjadi tradisi dikala menjelangnya perayaan, ibu bapa mula memikirkan fesyen yang sesuai dan terkini untuk digayakan anak masing-masing terutamanya sepanjang Aidilfitri ini. Apatahlagi bila hampir kebanyakan pasaraya dan butik-butik fesyen seolah berlumba-lumba untuk menawarkan harga yang berpatutan kepada pembeli.

Lalu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menambah keceriaan si cilik mahu berhari raya sekaligus memberi tips bagaimana untuk menggayakan pakaian masing-masing bersesuaian dengan aktiviti dilakukan samada ketika pergi beraya dan juga aksesori yang sesuai dipadankan dengan pakaian yang dipilih.

Mia Sara Nasuha gayakan fesyen beraya

13 episod program ini disiarkan mulai 20 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Sabtu, jam 6.00 petang menerusi TV1 yang menampilkan juga dua pengacara, Fatin Afifah (Efi) bergandingan dengan Fimie Don. Malah saksikan juga kemunculan pelakon kanak-kanak comel Mia Sara Nasuha menggayakan pakaian dengan dilengkapkan dengan aksesori menarik untuk diikuti kanak-kanak seusianya.

Segmen Gaya Syawal memaparkan pelbagai fesyen baju sama ada tradisonal atau moden yang dapat digayakan pada hari Lebaran antaranya fesyen baju kurung tradisional, fesyen baju Melayu dengan pelbagai potongan cekak musang berbutang 3 dan juga 5, pelbagai pilihan kebaya, fesyen gaun dan kasual, busana sopan Fesyen Muslimah, pilihan Baju Melayu alternatif, baju kurung moden, fesyen jaket muslimah, fesyen eksklusif dan elegan, dan pelbagai jenis lagi fesyen-fesyen yang akan digayakan.

Program Ceria Lebaran

Selain itu, dalam segmen ini juga dijemput tetamu istimewa iaitu adik Haiqal Darman yang akan berkongsi persediaan serta persiapan beliau untuk menyambut Lebaran dan dibawakan juga Gaya Selebriti pemenang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Perempuan.

Seterusnya melalui segmen ke-2 iaitu Aksesori Pelengkap Gaya, rancangan menampilkan pelbagai jenis selendang dengan fabrik dan corak berbeza, pilihan songkok, sampin, kerongsang, jenis-jenis tudung yang menarik, pilihan butang Baju Melayu, sandal dan kasut, capal, aksesori rambut, pelbagai pilihan beg tangan, barang kemas dan perhiasan diri. Segmen ini juga memberi tip dan panduan berguna bagi kanak-kanak dan remaja lelaki serta perempuan agar tidak tersilap gaya di Hari Raya nanti.

Segmen Oops Jangan Lupa pula akan memberi panduan-panduan berguna kepada kanak-kanak dan remaja sepanjang menjalani bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba. Segmen ini antaranya membawakan topik mengenai solat sunat tarawih, membincangkan tajuk Tambah Poin Puasa, amalan dan sikap kesederhanaan yang patut dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan. Selain itu, segmen ini juga mengajak kawan-kawan dan adik-adik untuk ringan-ringankan tulang membantu ibu-ibu untuk mempersiapkan rumah sempena lebaran yang akan menjelang, begitu juga topik bermain mercun menjelang lebaran, topik ingat pada golongan yang tidak mampu, juga membincangkan tentang adab bermaafan bagi mendapatkan lebih penghayatan dan hikmah, adab menziarahi kubur, adab di pagi raya, topik sembahyang raya, topik menjaga keselamatan diri semasa leka berhari raya, dan banyak lagi topik-topik menarik untuk tontonan adik-adik.

Usah lepaskan peluang berkongsi fesyen dan tips berguna dalam program ini hanya di TV1.

antara segmen Ceria Lebaran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem The Gangster Antapal

Gambar Erra Fazira di Majlis Berbuka Puasa Astro