in

Kolaborasi Celcom & Edotco Untuk Jadi Peneraju Industri

Celcom Axiata Berhad dan edotco Malaysia Sdn. Bhd., hari ini melancarkan On Site Services Sdn. Bhd., sebuah organisasi baru yang fokus dalam mencapai penyediaan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan yang cemerlang. On Site Services adalah terulung seupamanya dalam industri, dan ia memberikan 30 peratus pemilikan bersama dengan para pekerjanya, yang merupakan kumpulan pemegang saham pertama syarikat tersebut.

CELCOM DAN EDOTCO MENJADI PENERAJU INDUSTRI BAGI KECEMERLANGAN DALAM PERKHIDMATAN RANGKAIAN

Celcom Dan Edotco Menjadi Peneraju Industri Bagi Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Rangkaian

On Site Services bakal menjadi entiti Penyelenggaraan Barisan Pertama (First Line Maintenance, FLM) bebas di negara ini yang menghimpunkan sekumpulan pakar dengan pengalaman lebih 25 tahun di lapangan dan operasi, dan akan menguruskan kira-kira 10, 000 tapak rangkaian di seluruh Malaysia. On Site Services bakal dibentuk dengan kira-kira 400 orang kakitangan Divisyen FLM Celcom yang mengkhusus dalam Penyelenggaraan Pembaikan dan Pencegahan (bagi kedua-dua elemen aktif dan pasif) serta Aktiviti Sokongan.

Sebagai entiti bebas, On Site Services juga akan dapat menyokong mana-mana Operator Rangkaian Mudah Alih dengan menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan yang khusus dengan kos yang kompetitif. Syarikat ini mengutamakan pembangunan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan cekap dalam memberikan perkhidmatan pembaikan dan pencegahan dengan fokus yang ditingkatkan dalam kecemerlangan operasi, kecekapan masa dan penyediaan perkhidmatan.

Melalui keupayaan On Site dalam menyediakan perkhidmatan kepada kesemua operator di negara ini serta kemampuannya yang meliputi seluruh negara, syarikat ini mempunyai potensi yang besar untuk perkembangan komersil dan pengembangan serantau, yang dijangka dapat dipacu melalui peluang untuk menyediakan perkhidmatan kepada kesemua operator yang beroperasi di bawah Kumpulan Axiata dan menara komunikasi yang merangkumi 10 buah negara di ASEAN dan Asia Tenggara. Portfolio perkhidmatan On Site akan diperkembangkan lagi untuk meliputi kejuruteraan dan pelbagai bentuk sokongan menjelang 2020 dan mensasarkan perkhidmatan yang sama di peringkat serantau mulai tahun 2023.

Michael Kuehner, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata Celcom mengalu-alukan inisiatif ini dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada On Site Services untuk menaikkan tenaga kerja tempatan sebagai peneraju industri.

“Kumpulan pakar FLM Celcom akan menjadi pelopor On Site Services, untuk menuju ke arah memperluaskan halatuju industri dalam mencapai kecemerlangan dan ke peringkat lebih tinggi bagi perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan,” kata beliau.

Suresh Sidhu, Ketua Pegawai Eksekutif edotco Group Sdn. Bhd. berkata “Pekerja On Site Services memiliki peluang yang unik dalam menjadi peneraju industri. Mereka akan berpeluang untuk membentuk masa depan mereka sendiri di samping terus memastikan penyediaan kualiti rangkaian yang lancar kepada rakyat Malaysia. Sebagai syarikat yang mempunyai tanggungjawab sosial, edotco berbangga unutk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang sejajar dengan agenda nasional kerajaan untuk membangunkan keusahawanan dan memacu pembentukan golongan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Dengan gabungan dua pemain utama dalam industri, On Site bersedia untuk memenuhi matlamatnya menjadi peneraju industri.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Filem Marvel Studios’ Ant-Man & The Wasp

BMW Group Malaysia Perkenal BMW X3 yang Terbaharu