in

Castrol Tawar Hadiah Lumayan Untuk Acara UEFA EURO 2012

Castrol Bersedia Untuk Acara UEFA EURO 2012™ Yang Hebat Dengan Pelbagai Hadiah Menarik Untuk Para Pengguna

Walaupun demam UEFA EURO 2012™ telah melanda seluruh negara, Castrol, pakar pelincir premium paling terkemuka di dunia bakal menghangatkan lagi suasana dengan peraduan ‘Jom Menang iPhone’ yang menawarkan sebanyak 10 buah iPhone 4S untuk dimenangi.

Disasarkan kepada semua pemilik motosikal di Malaysia dan dijadualkan berlangsung sehingga Julai 19, semua pemilik motosikal hanya perlu membeli mana-mana pek promosi dari rangkaian Castrol Power1 4T (1L) atau Castrol Activ 4T (1L) dari mana-mana kedai Castrol Bike Point di seluruh negara, SMS ID Bike Point di mana mereka membeli minyak enjin tersebut kepada 39993 dan menjawab satu soalan mudah.

Castrol's 'Jom Menang Iphone' contest

Bercakap mengenai peraduan ini, Mark Ng, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia, Singapura dan Filipina berkata, “Castrol telah mengekalkan kedudukan sebagai pakar pelincir premium terkemuka dengan terus merintis produk-produk terbaik, mewujudkan satu rangkaian rakan kongsi perkhidmatan bertauliah dan yang paling penting, dengan mengingati, memberi ganjaran serta mendahulukan para pelanggan setia kami. Peraduan ini adalah kemenangan berganda buat para pengguna kami kerana mereka akan mendapat prestasi serta perlindungan terbaik dengan menservis motosikal mereka, dan mereka juga berpeluang untuk memenangi sebuah iPhone 4S. ”

Lanjutan kejayaan menaja UEFA EURO 2008™ dan Piala Dunia FIFA 2010™, Castrol kini teruja dan berbangga untuk menjadi penaja UEFA EURO 2012™ yang bakal berlangsung. Castrol sentiasa bergerak ke hadapan menggunakan analisis, teknologi canggih dan inovasi bagi menyampaikan prestasi cemerlang. Kualiti yang menghasilkan persembahan cemerlang daripada pasukan dan pemain bola sepak bertaraf dunia seperti Duta Global kami, Cristiano Ronaldo mencerminkan prestasi minyak kita.

Castrol Power1 4T dengan Rumusan Power Release direka khas untuk penunggang yang gemarkan keseronokan menunggang motosikal. Minyak 4-lejang berkualiti premium yang maju ini mengalir dengan cepat dan mengurangkan pembaziran tenaga enjin dalaman akibat geseran. Ia telah diuji dan terbukti menghasilkan pecutan yang lebih baik apabila pendikit dipulas. Kelebihan tambahan Castrol iaitu Trizone Teknologi menjaminkan perlindungan prestasi tanpa kompromi. Castrol Power1 4T direka untuk memberikan prestasi cemerlang dan meletakkan kuasa di tangan anda.

Castrol Activ 4T dengan Molekul Perlindungan Activ (APM) adalah minyak enjin yang moden serta berkualiti tinggi dan dibangunkan khusus untuk motosikal 4 lejang. APM khas akan melekap kepada dan melindungi komponen penting enjin, untuk memberikan perlindungan yang cepat lagi berkesan dalam semua keadaan. Sama ada semasa mula sejuk, perjalanan pendek, trafik henti-bermula atau menunggang pada kelajuan yang tinggi, enjin anda memerlukan lebih daripada sekadar minyak biasa.

APM membentuk 1 lapisan yang melekap dan melindungi bahagian-bahagian enjin dan transmisi bagi memastikan perlindungan baik untuk tiga zon kritikal motosikal anda iaitu, enjin, klac dan kotak gear; dan, walaupun enjin dimatikan, ia terus memberikan perlindungan berterusan semasa motosikal dihidupkan dan semasa enjin sedang dipanaskan.

Dengan lebih 300 buah cawangan di seluruh negara, kunjungilah Castrol Bike Point terdekat bagi merebut peluang untuk menjadi pemenang kami. Anda juga mungkin berpeluang memenangi bekalan Minyak Percuma selama 10 tahun serta pelbagai hadiah menarik lain dalam Cabaran Peramal Castrol sempena UEFA EURO 2012™. Log masuk ke www.castrol.com/my , layari www.facebook.com/castrolmalaysia atau ikuti perkembangan kami di twitter @castrolmy hari ini.

Plenty of prizes up for grabs

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Kpop Crazee Cover

Filem Freshman Father Di TV2