in

Castrol EDGE Hantar Pemenang Ke UEFA EURO 2012 di Poland

Castrol EDGE hantar yang “Terkuat” untuk saksikan UEFA EURO 2012™ secara langsung di Poland
Castrol memulakan pengiraan detik menuju ke UEFA EURO 2012™ dengan penyampaian hadiah acara kemuncak ‘Alami yang Terkuat’ Castrol EDGE

Castrol, pakar minyak pelincir terkemuka dunia, baru-baru ini mengadakan cabaran ‘Hunt for the Strongest’ sebagai acara penutup bagi kempen ‘Experience the Strongest’.

Kempen pengguna ini dilancarkan pada awal Oktober 2011 menerusi pelbagai landasan inovatif yang dirangka untuk mendorong rakyat Malaysia mencari kekuatan diri dan menyerlahkan lagi kekuatan mereka. Kempen ini mendapat inspirasi daripada rangkaian Castrol EDGE yang baru dan ditambah baik, yang kini dirumuskan dengan Titanium Fluid Strength TechnologyTM, menjadikannya minyak prestasi yang paling kuat dan canggih setakat ini daripada Castrol.

Mark Ng, Marketing Director of Castrol Singapore and Malaysia celebrating with the winners of the 'Hunt for the Strongest' campaign

Mark Ng, Pengarah Pemasaran bagi Castrol Malaysia dan Singapura berkata, “Kami merangka kempen “Experience the Strongest” untuk mencari rakyat Malaysia yang berkeyakinan dan sanggup menyahut cabaran untuk menjadi yang terkuat dan yang memiliki kekuatan untuk mengejar kecemerlangan dan menyerlahkan diri. Kempen ini diadakan untuk memberi inspirasi dan keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk mencari kekuatan diri dan menjadi yang terbaik dan terkuat dalam apa jua yang mereka usahakan, tidak kira betapa sukar atau mencabar keadaan yang dihadapi. Sama seperti usaha Castrol mencapai kecemerlangan menerusi Castrol EDGE baru dengan Titanium Fluid Strength TechnologyTM, minyak prestasi yang paling kuat dan canggih kami setakat ini.”

Kunci kekuatan Castrol EDGE ialah Titanium Fluid Strength TechnologyTM baru, yang direka untuk bertindak balas dan disesuaikan dengan segala keperluan enjin anda secara berterusan walau di bawah tekanan paling besar sekali pun. Dicipta khas untuk memenuhi keperluan khusus enjin, Fluid Strength TechnologyTM baru terus menyesuaikan diri dengan keperluan enjin anda pada setiap masa – mengurangkan sentuhan logam dengan logam dan memaksimumkan prestasi enjin supaya ia sentiasa cemerlang walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar dan lampau.

Mark menambah, “Enjin moden hari ini dikendalikan di bawah tekanan lebih tinggi berbanding sebelumnya dan memerlukan minyak yang dapat menahan tekanan tinggi sehingga 10,000 kg setiap sm padu; iaitu bersamaan tekanan yang dihasilkan oleh dua gajah yang berdiri di atas kasut tumit tinggi! Castrol EDGE baru yang dirumuskan dengan Titanium Fluid Strength TechnologyTM terbukti sehingga 40% lebih kuat daripada pesaing utama dan lebih kuat untuk tempoh sehingga 35% lebih lama**. Kelebihan ini memberikan keyakinan dan kebebasan kepada pemandu untuk memandu dengan cara yang diingini dan pada bila-bila masa.”

Kempen yang menarik dan interaktif ini merangkumi dua peringkat. Peringkat pertama yang sesuai dengan nama yang diberikan iaitu ‘Kekuatan untuk Membuka Kunci’, adalah peraduan berasaskan kekuatan kumpulan. Pasukan yang berjaya telah memenangi hadiah menarik seperti keahlian pusat kecergasan, baucar karaoke berkumpulan, pakej paintball, baucar makan berkumpulan dan tiket panggung wayang. Untuk membuka kunci hadiah, peserta perlu menghimpunkan sekumpulan rakan di Facebook Castrol Malaysia dan menggembeling tenaga untuk membuka hadiah.

Two contestants pushing their strength to the limit

Peringkat kedua kempen, permainan mudah alih ‘Hunt for the Strongest’, memaparkan pengalaman ‘Augmented Realiti’ pertama sepertinya untuk pengguna memanfaatkan telefon pintar dalam pencarian yang inovatif dan unik. Aplikasi mudah alih berbilang pemain ini direka cipta untuk menguji kekuatan mental dan fizikal peserta dan mengubah bandar raya di Malaysia menjadi permainan papan maya yang hidup. Pengalaman ini memerlukan peserta mencari, menjejak, berlari, mengejar mengumpulkan unsur Titanium Fluid Strength TechnologyTM’ – untuk memenangi lebih 100 hadiah hebat yang ditawarkan.

Ng Kok Hiong, yang berusia 40 tahun, seorang pengurus kilang kayu terbukti sebagai yang “Terkuat” dan memang layak memenangi hadiah utama berupa percutian ditanggung sepenuhnya ke Poland untuk menyaksikan UEFA EURO 2012TM secara langsung pada Jun 2012. Beliau yang ternyata begitu gembira berkata, “Saya seronok kerana dapat menyaksikan UEFA EURO 2012TM yang berprestij secara langsung di Poland kerana sebelum ini saya hanya berpeluang menonton di TV. Castrol EDGE benar-benar menjadikan impian saya satu kenyataan. Pasukan kegemaran saya ialah Sepanyol dan saya harap mereka akan menang. Saya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan pasukan terbaik Eropah beradu kemahiran mereka di UEFA EURO 2012TM secara langsung. Pengalaman ini pasti menjadi kenangan paling manis dalam hidup saya.”

Menurut Mark lagi kempen “Hunt for the Strongest” yang diadakan sempena pelancaran Titanium Fluid Strength TechnologyTM Castrol Edge mendapat sambutan luar biasa dengan lebih 35,000 peminat Facebook baru Castrol Malaysia dihimpunkan dalam tempoh 7 minggu dan lebih 10,000 kali permainan dimainkan. Sebagai penaja rasmi UEFA EURO 2012TM, kempen ini sesuai dengan hubungan kami dengan pertandingan berprestij ini dan juga matlamat kami memberi ganjaran hebat kepada pemenang hadiah utama kempen “Experience the Strongest” yang akan diberi layanan permaidani merah Castrol untuk menyaksikan UEFA EURO 2012TM secara langsung di Poland. Ini menandakan bermulanya pengiraan detik Castrol menuju UEFA EURO 2012TM dan meneruskan hubungan Castrol dengan bola sepak menerusi tajaan terbesar dalam sejarahnya yang menjangkau usia 112 tahun. Castrol mula melibatkan diri dalam penajaan bola sepak di UEFA EURO 2008TM. Castrol akan terus memanfaatkan kepakaran dan kewibawaannya untuk memajukan sukan bola sepak dengan menawarkan inovasi dan tarikan yang menambat hati peminat bola sepak, cara yang lebih teliti dan lebih melibatkan peminat untuk menganalisis prestasi pemain berbanding sebelumnya. Nantikan aktiviti yang lebih menarik pada bulan-bulan akan datang.”

Selain daripada lawatan ditanggung sepenuhnya ke UEFA EURO 2012TM, lebih 100 hadiah disediakan termasuk Sony Bravia 40” LED TV dengan Sistem Teater di Rumah Blu-ray DiscTM, iPad 2, Microsoft Xbox Kinect, komputer riba Macbook Air, iPod Nano, baucar beli-belah dan juga Castrol EDGE baru dengan Titanium Fluid Strength TechnologyTM.

Untuk maklumat lanjut mengenai Castrol EDGE, jenama Castrol dan kegiatan yang sedang dan bakal dianjurkan, sila kunjungi www.castroledge.com.my, www.castrol.com/my atau www.facebook.com/castrolmalaysia.

*Dalam ujian kekuatan minyak merangkumi pelbagai kelajuan enjin, purata sentuhan logam dengan logam bagi rangkaian Castrol EDGE ialah 40% lebih rendah daripada pesaing terkemuka.

**Kami telah meminta makmal pihak ketiga untuk menguji rangkaian Castrol EDGE menggunakan Ujian Ketahanan Maksimum kami dan dalam ujian ini Castrol EDGE terbukti secara purata 35% lebih kuat berbanding jenama pesaing keluaran satu lagi pembekal minyak pelincir utama.

Untuk pengetahuan pembaca, kejayaan komersial Castrol dicapai berkat keupayaannya untuk meningkatkan lagi prestasi menerusi analisis, teknologi dan inovasi. Ini telah membantu Castrol membekalkan minyak pelincir prestasi unggul selama lebih 100 tahun termasuk jenama seperti Castrol EDGE. Castrol percaya dengan memanfaatkan kepakaran yang sama untuk sukan bola sepak sebagaimana yang dilakukannya dalam membangunkan minyak enjin, mereka boleh memberikan pengalaman lebih menarik kepada peminat dan menampilkan perspektif yang baru dan menarik pada UEFA EURO 2012™.

One of the winners trying out the Non Newtonian Pool

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The All-New Fox Movies Premium

Cuba Produk SIY Untuk Kuruskan Badan