Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Casablanca



FILEM KLASIK INGGERIS CASABLANCA ARAHAN MICHEAL CURTIZ TEMUI PENONTON TV2

Penggemar filem-filem klasik Inggeris usah lepasakan peluang menyaksikan filem Casablanca arahan pengarah filem tersohor Micheal Curtiz yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 31 Januari 2010 (Ahad), jam 4.00 petang di TV2.

Popular sekitar tahun 1942, Casablanca yang pernah menggondol tiga anugerah dalam Oskar Akademi USA termasuk Anugerah menerusi kategori Pengarah Terbaik (Micheal Curtiz), Gambar Terbaik dan Penulis & Seni Layar Terbaik (Julius J. Epstein, Philip G. Epstein  dan Howard Koch) ini menjanjikan plot dan pelakon hebat mengembalikan nostalgia filem ini di layar TV.

Dibintangi oleh Humphrey Bogart dan Ingrid Bergman sebagai watak utama, RTM menyiarkan filem yang menjadi kebanggaan orang Amerika yang merakamkan pengembaraan zaman perang dengan menggabungkan adegan romantis dan komplot muslihat dari kaca mata pengarahnya, Michael Curtiz.

Ia mengisahkan watak Rick Blaine lakonan hebat Humphrey Bogart berlaku di sebuah kelab malam di Casablanca pada zaman Perang Dunia Kedua. Tekanan yang diterima daripada penguasa tempatan dikenali Capt. Renault (Claude Rains), Rick menjadi pelarian dan cuba untuk mengintai peluang untuk melarikan diri ke Amerika.

Satu hari Rick berkenalan dengan pemberontak terkenal Victor Laszlo (Paul Henreid). Paling mengejutkan isteri Victor, Ilsa (Ingrid Bergman) adalah kekasih yang pernah meninggalkan Rick ketika tentera Nazi menceroboh dan menguasai Paris.

Semangat untuk berhijrah ke Amerika semakin luntur di hati Ilsa setelah bertemu semula dengan Rick. Dia mahu membina hidup baru bersama bekas kekasihnya yang telah ditemui semula itu di Casablanca.

Lalu bagaimanakah kesudahan kisah cinta dan pengorbanan yang menyayat hati ini? Dapatkah ikatan cinta menyatukan semula pasangan ini? Untuk mengetahui kesudahannya jangan lupa janji temu anda menonton Casablanca mengisi Slot Sunday Daytime Special pada 31 Januari 2010 (Ahad), jam 4.00 petang di TV2.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • 48 Hour Film Project’s 2010 Tour
  • Sinopsis Malam Jumat Kliwon
  • Patton 360
  • Syahadah Musim 7 Selusuri Perkembangan Islam di Malaysia
  • Photo Wedding Nikki & Audy Mok
  • Majlis Pelancaran Xavier Mah Consultancy Penuh Glamor



    • http://srawakian.blogspot.com Hajib

      Macam best jer cite ni..

    • getah76

      yeah! mmg best citer neh…
      lagu BERTIE HIGGINS pun sedap!

      mesti tonton punya :)

    • Hamba Allah

      Keja la pulak arini…huhu….tak dapat nengok!

    • getah76

      pantang ujan skit… SERVICES CURRENTLY NOT AVAILABLE
      potong stim btol arr!!! haishhh……. sengal!!
      baru separuh jln cite neh…. aiyooo~

    • http://loketajaib.com JutawanGlamour

      citer yang best untuk dilihat…tgk byk2 kali pun citer ni tetap best hehe



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK