in

Cara Untuk Sertai Hot Chef Musim Ke-3

PERHATIAN KEPADA PARA JEJAKA DAN WANITA
JIKA ANDA TAMPAN, ANGGUN SERTA MEMPUNYAI MINAT MENDALAM TERHADAP DUNIA MASAKAN, ANDALAH ORANG YANG KAMI CARI!

Sedap mata memandang, hebat di dapur merupakan antara ciri-ciri individu yang kami cari untuk muncul dalam rancangan realiti popular Hot Chef musim ke-3. Rancangan masakan yang cukup berbeza dengan rancangan masakan yang sedia ada ini, sedang mencari bakat serta penampilan baru untuk menghiasi program yang sudah masuk tahun ketiga.

HotChef

Untuk musim ke-3 ini, penyertaan bukan sahaja terbuka kepada semua jejaka malah mengalu-alukan peserta wanita yang masih bujang untuk turut serta untuk menunjukkan bakat memasak masing-masing sekaligus membuktikan bahawa mereka juga mempunyai bakat dan kelebihan dan bukan hanya bersandar kepada rupa paras yang menawan.

Bujang, berumur 20 hingga 35 tahun, mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia masakan, fasih berbahasa mandarin dan mempunyai keyakinan serta jati diri yang mantap, anda dialu-alukan untuk menghantar butiran peribadi anda kepada kami melalui emel mahupun pos.

Pastikan anda menghantar butiran lengkap seperti nama penuh (mengikut kad pengenalan, dalam Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris), umur, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, emel, pekerjaan semasa, 2 keping gambar bersaiz 4R dan info tentang pengalaman memasak anda. Tambahan pula, Chef professional mahupun amatur juga dialu-alukan untuk turut serta dalam rancangan ini.

Hantarkan maklumat lengkap anda kepada 8TV, di alamat berikut: Hot Chef 3, 8TV, Sri Pentas, Tingkat 3, South Wing, Bandar Utama, 47800 Petaling, Selangor Darul Ehsan ataupun hantarkan butiran anda ke [email protected] atau [email protected]. Pencarian bintang masakan ini akan berakhir pada 30 Mac 2012. Apa lagi yang anda tunggu? Jangan lepaskan peluang keemasan ini, hantar segera butiran anda kepada kami. Mungkin anda yang kami.

8TV juga boleh ditonton di saluran 708 di Astro. Penonton juga boleh menonton rancangan kegemaran anda di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my serta ikuti kami di laman sesawang www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Share the Fun with Samsung GALAXY Beam

Drama Journey To The West Catat Rating Lebih 1 Juta Penonton