in

Cara Pulang Lebih Cepat di Musim Cuti Merdeka

AirAsia dan AirAsia X ingin mengalakkan kesemua para tetamu yang akan terbang sepanjang hujung minggu yang panjang bersempena cuti umum Hari Merdeka untuk tiba di lapangan terbang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan kerana tambahan tetamu yang dijangka lebih ramai pada hujung minggu yang panjang ini.

Tetamu disarankan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan 4 jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X bagi setiap penerbangan mereka. Tetamu juga digalakkan untuk melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web, mudah alih atau kiosk daftar masuk bagi kemudahan perjalanan di lapangan terbang. Perkhidmatan daftar masuk sendiri menerusi laman web, mudah alih dan kiosk tersedia bermula dari 14 hari hingga 1 jam sebelum waktu berlepas bagi kesemua penerbangan AirAsia dan sehingga 4 jam sebelum pelepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia X.

Daftar masuk sendiri dan tiba lebih awal di lapangan terbang bagi hujung minggu yang panjang Merdeka ini
● Tiba di lapangan terbang 3 jam sebelum waktu penerbangan
• Daftar Masuk Sendiri menerusi web, mudah alih atau kiosk bagi kemudahan perjalanan
• Pra-tempah peruntukan bagasi yang mencukupi

Syarikat penerbangan tersebut ingin mengingatkan para tetamu kaunter daftar masuk bagasi tutup 1 jam sebelum waktu pelepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Kesesakan juga dijangka akan berlaku di kaunter pengimbas bagasi, pelepasan bagasi dan kaunter Imigresen bagi cuti panjang hujung minggu ini, adalah dinasihatkan bagi melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu pelepasan seawal yang mungkin.

Tetamu dengan tempahan secara berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu hadir lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan.

Setiap tetamu hanya dibenarkan SATU bagasi kabin dengan berat yang tidak melebihi 7kg dan mesti dalam dimensi 36cm (Tinggi) x 23cm (Lebar) x 56cm (Luas). Kesemua tetamu digalakkan untuk pra-tempah bagasi yang mencukupi dan jimat lebih dari 88%, atau guna fungsi ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.com bagi menambah lebih banyak jumlah bagasi sehingga 4 jam sebelum dari waktu pelepasan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain & Ella Bakal Perform di Konsert Raya Oasis Piazza

CYRILL HASSAN

Samsung Announces the Slimmest Galaxy Device to-Date