in

Cara Mudah Dapat Tiket PERCUMA Anugerah Planet Muzik 2015

Salam Isnin buat semua pembaca budiman, seperti yang kita sedia maklum, Anugerah Planet Muzik 2015 atau lebih dikenali dengan APM 2015 akan diadakan beberapa hari je lagi. Ramai selebriti dan penyanyi yang tercalon tengah dup dap-dup dap menantikan keputusan kan?

Untuk info pembaca, APM 2015 akan diadakan pada 9 Oktober 2015 jam 9 malam di Suntec Exhibition & Convention Centre di Singapura untuk mengiktiraf bakat dan pencapaian industri muzik Melayu di rantau ini. Ia dianjurkan buat tahun ke-14 oleh Bahagian Melayu MediaCorp, saluran televisyen Suria, stesen radio Warna 94.2 FM dan Ria 89.7 FM dan majalah Manja dan penaja utama ONE DROP PERFUMES.

Cara Mudah Dapat Tiket PERCUMA di Anugerah Planet Muzik 2015

Pastinya, penganjur ketika ini sedang sibuk buat persiapan. Budiey tidak sabar untuk menonton persembahan dan teruja nak tahu siapakah pemenang trofi APM kali yang ke-14 ini.

Dalam pada itu, ramai pembaca yang bertanyakan kepada Budiey, tentang bagaimana nak dapatkan tiket PERCUMA menonton APM 2015 secara langsung. Apa yang Budiey boleh jawab, antara cara yang mudah untuk dapatkan tiket tersebut adalah dengan melihat dan memerhatikan siapakah penaja APM 2015. Kebiasaannya, penaja utama pastinya akan diberikan tempat duduk untuk diberikan kepada pelanggan mereka.

Ya, cari punya cari. Budiey dapati ada pengagihan percuma dibuat oleh penaja utama iaitu ONE DROP PERFUMES. Syarikat pengeluar minyak wangi ini selaku satu-satunya syarikat tempatan yang telah mengembangkan sayap ke persada perantau dengan menjadi penaja utama.

Apa yang anda perlu buat hanyalah membeli minima 2 produk One Drop Perfumes iaitu set normal dan juga minyak wangi semburan 30ml melalui web www.onedropperfumes.com ataupun 011-1199 5535. Haa, mudah je kan? Hanya beli produk sahaja dan harganya sangat berpatutan.

Layari:  http://store.onedropperfumes.com

Cara Mudah Dapat Tiket PERCUMA di Anugerah Planet Muzik 2015

Budiey juga tak sabar untuk terbang ke Singapura untuk liputan secara langsung APM 2015. Itu pun jika diberi jemputan oleh penganjur. Setiap tahun, Budiey tak pernah ketinggalan buat liputan di acara anugerah berprestij yang memartabatkan insan seni khususnya penyanyi serantau ini.

APM 2015 yang dianjurkan oleh One Drop Perfumes akan menyaksikan kongregasi para artis hebat dari Singapura, Malaysia dan Indonesia berentap untuk memenangi Anugerah tersebut. Artis no.1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza yang tercalon dalam beberapa kategori seperti Artis Wanita Terbaik, Kolaborasi terbaik bakal menggegarkan Suntec dengan membuat persembahan pada malam anugerah tersebut. Sudah tentu peminat Dato’ Siti Nurhaliza tengah tak sabar nak menonton persembahan sensasi dan terkini daripada penyanyi kesayangan mereka.

Rasakan kehangatannya atas satu pentas bersama persembahan gah oleh artis-artis dari 3 negara – Singapura, Malaysia dan Indonesia seperti Taufik Batisah, Dato’ Siti Nurhaliza, Rossa, Akim & The Magistrate, Hazama, Afgan, Kunto Aji, Iman’s League, Aisyah Aziz, Alif, Kaka, Ryan Sufiyan, Cakra Khan, Elizabeth Tan dan ramai lagi!

Anugerah Planet Muzik (APM) kali ini lebih istimewa, kerana akan diadakan sejajar dengan sambutan Jubli Emas Singapura. Sempena sambutan itu dan untuk meraikan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Singapura, APM 2015 akan menampilkan barisan artis dan persembahan muzik yang menyinari industri muzik Melayu sejak 50 tahun lalu.

Kepada pembaca yang nak kemaskini pendapat korang atau apa sahaja di media sosial bolehlah menggunakan hashtag iaitu #APM2015 #ODP2015 #OneDropPerfumesmy #onedropperfumes.

Tahun ini, APM 2015 akan memperkenalkan anugerah baru, ‘Anugerah Artis Breakthru’, yang mengiktiraf pencapaian artis Melayu yang sudah bertapak dalam seni muzik dan meninggalkan kesan mendalam pada persada antarabangsa, mendapat pengiktirafan dan menjadi sumber inspirasi kepada artis lain.

Anugerah Planet Muzik 2015

Keseluruhannya, 19 anugerah akan disampaikan dalam APM 2015:

1. Artis Baru Terbaik (Lelaki)
2. Artis Baru Terbaik (Wanita)
3. Kolaborasi Terbaik (Artis)
4. Kolaborasi Terbaik (Lagu)
5. Artis Terbaik (Lelaki)
6. Artis Terbaik (Wanita)
7. Duo/Kumpulan Terbaik
8. Band Terbaik
9. Lagu Terbaik (Singapura)
10. Lagu Terbaik (Malaysia)
11. Lagu Terbaik (Indonesia)
12. Lagu Terbaik APM
13. Breakthru Artiste

KATEGORI POPULAR

14. Artis Paling Popular (Singapura)
15. Lagu Paling Popular (Singapura)
16. Artis Paling Popular APM
17. Lagu Paling Popular APM
18. Anugerah Ikon Media Sosial

KATEGORI KHAS

19. Anugerah Khas Planet Muzik

Selamat maju jaya buat semua calon-calon APM 2015. Semoga sukses!

Layari:
https://www.facebook.com/Anugerah.Planet
https://www.facebook.com/official.onedropperfumes

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pesta Filem Seram Korea Sepanjang Bulan Oktober

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem MOMENTUM