in , ,

Gambar Candid Sekitar Readers ToGether Gather Ke-3 Menonton WARIS JARI HANTU

Sebenarnya foto-foto di bawah ini ada yang diambil tanpa izin tuannya. Jadi, maaf lah kalau ada yang tak suka. Pakai ikut hati mak bapak dia je ambik gambar, kan. Saje nak buat teknik fotografi jadi lain sikit.

Kononnya ala-ala macam paparazzi. Candid camera… ooo smile everybody… Smile, You’re on the Candid Camera. Ni belum ada Izham lagi ni, kalau dia ada seronok la tengok gambar yang dia ambil dengan kamera SLR dia yang lebih advance dari saya punya.

Masa gathering ketiga Sensasi Selebriti, kira happening la jugak sebab semua datang dengan hati dan membawa wajah yang riang ceria. Sebaliknya, saya sebenarnya hilang semangat dan motivasi untuk melakukan kerja-kerja berkait dengan gathering pada hari tersebut. Entah kenapa mood hari tu lain benar.

Tiba-tiba hilang di pertengahan jalan. Biasanya, saya rasa teruja untuk bertemu dengan pembaca Sensasi Selebriti. Mungkin di bulan Jun ini, rezeki blog ini agak kurang. Atau mungkin mood saya hilang kerana sedang dihambat oleh seribu satu kisah cerita peribadi yang terpaksa saya simpan.

Apa-apa pun, alhamdulilah, syukur dan terima kasih pada Tuhan kerana saya diberi peluang, diberi tenaga yang cukup dan masa untuk mengendalikan satu lagi event Sensasi Selebriti. Bukan senang sebenarnya untuk menghimpunkan pembaca blog ini dalam satu masa menonton wayang bersama-sama. Banyak juga kerja yang saya perlu buat. Tambahan pula untuk menarik ramai pembaca datang, saya telah pun cuba mendapatkan jasa baik Pesona Pictures dan GBSB untuk menaja goodie bag untuk dihulurkan buat semua pembaca yang hadir.

Terima kasih saya ucapkan buat Pesona Pictures terutamanya Esmiy yang telah menguruskan segala-galanya buat pembaca. SS telah berjaya mendapat 20 goodie bag untuk pembaca. 2 helai T-shirt dan 2 CD album soundtrack diberikan kepada pemenang peraduan Jom Menonton Waris Jari Hantu. Sekadar untuk menghargai pembaca yang tidak dapat hadir dan berada jauh dari Kuala Lumpur. 

Saya berniat kalaulah saya mendapat duit hasil iklan dari blog ini sampai RM1,000 saya takkan lokek untuk belanja kalian makan-makan di restoran Nandos… hehehe Cik Lijah mesti suka. Tapi itulah, bukan masanya untuk memuaskan hati semua. Walaupun blog ini sudah pun meningkat pembaca sehingga 3 ribu pembaca setiap hari… namun, mungkin bukan rezeki blog ini… kekurangan sponsor pada bulan ini. Doakan sahaja segalanya selamat dan moga kita dilimpahkan rezeki di masa mendatang. Ini sudah pun cukup. Syukur sahaja.

Saya kira gathering kali ini lebih istimewa daripada gathering pertama dan kedua. Mengapa? Sebab gathering kali ini dihadiri oleh wakil dari Indonesia dan Singapura. Alah, macam kena dengan tema konsert final Gangstarz la pulak. Ada 3 buah negara berhimpun. Saya rasa terharu dengan kesudian pembaca dari Singapura iaitu Nur Rahdznitazura dan ibunya. Sanggup datang meluang masa bersama kami pembaca yang lain.

Juga kepada kawan Ajieb, Shahriel yang kebetulan terbang dari Jakarta dalam rangka Cuti-Cuti Malaysia. Kepada pembaca lain yang turut serta memeriahkan suasana iaitu: Mazen dari Putrajaya, Fariz dari Gombak, Erin dari Kelana Jaya, Ajieb dari Dewan Bahasa & Pustaka, Liza dari Ampang, Budiey Ottomo (Saper tak tau!), Nur Rahdznitazura dari Singapura, Ramlah Bte Idris dari Singapura, Pakcik Faiz MMA dari Banting, Coinsss dari Kelana Jaya, Abdul Syukor dari Cheras, Ekin dari Petaling Jaya, Bro Ajami dari Ampang, Isteri Bro Ajami, Aida dari Ampang, Feza dari Kelana Jaya, Judd dari Puchong, Shahriel dari Jakarta (Kawan Ajieb) dan Rasidin dari UK (U. Klang. Hehehe).

Masih ada foto-foto lain yang menanti anda… tunggu lah esok update lagi.

Erin dan Feza

Feza & Erin

Coinsss

Liza aka Cik Lijah

Tangan sape, tak tau!

Erin tengah ingat pakwe indon dia… Ariel Peterpan la sape lagi.

Coinsss & Judd

Yang duk kanan sekali tu, Shahriel dari Jakarta, u all.

Kek Befday Mazen dari Secret Recipes.

Bersama 2 gadis idaman Malaya… hehehehe…

Budiey bersama Ajami & Pakcik MMA

Tu dia… befday girl siap dengan hadiah hari jadi dari Sensasi Selebriti, perfume Anna Sui

Thanks sebab you all sudi datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Lima Juara Pertama Gangstarz TV3

NOH SALLEH

Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood