in

Cakra Khan Bakal Buat Persembahan di Menara Kuala Lumpur

Buat julung kalinya, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan SKY GATEAWAY CAKRA KHAN @ KL TOWER pada hari Sabtu, 23 Mei 2015 jam 8.30 malam di Mega View Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.

Cakra Konta Paryaman atau lebih dikenali dengan nama Cakra Khan adalah penyanyi popular yang berasal dari Indonesia dan mula menempah popularitinya menerusi single pertamanya bertajuk Harus Terpisah pada tahun 2012. Beliau memulakan kerjaya dalam arena muzik sejak tahun 2012 dan terus menjadi kegilaan ramai terutama di kalangan penggemar muzik hits di Indonesia dan Malaysia.

Budiey dikhabarkan Menara KL akan mengadakan sidang media pada hari Khamis pada 2 April 2015 di sebuah restoran Menara Kuala Lumpur.

Nantikan perkembangan terbaru tentang persembahan Cakra Khan ini ya.

Chakra Khan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar MAXISONE CLUB Untuk Ahli Elite

Meriah & Happening di Animax Carnival Malaysia 2015