in

Buzen Hashim, Hany Harmi Dalam Cinta Dalam Sebiji Durian

BERGELAK KETAWA DENGAN DRAMA KOMEDI BERSIRI : CINTA DALAM SEBIJI DURIAN DI TV1

Pelbagai reaksi spontan berkaitan buah durian samada dari segi bau, rasa, bentuk atau apa sahaja diluahkan seseorang. Ada yang menggemarinya tidak kurang juga sebaliknya. Namun tidak mustahil juga buah sinonim dengan gelaran Raja Buah ini mampu menyatukan rasa cinta seseorang terhadap insan yang dicintainya samada disedari atau tidak.   

Menampilkan barisan pelakon-pelakon remaja yang sedang meningkat naik di samping aktor berpengalaman, pastinya ia mampu menjadi daya tarikan utama kepada penonton terutama di kalangan remaja supaya tidak ketinggalan drama komedi bersiri Cinta Dalam Sebiji Durian terbitan J.D.Production Sdn Bhd yang sedang menemui penonton setia Saluran Informasi mulai 7 Oktober lalu, setiap Rabu, jam 11.05 pagi TV1.

Gelak ketawa penonton menyaksikan aksi serta babak-babak lucu lakonan Buzen Hashim, Hany Harmi, Razif Ariff, Harya Zaleha, Hasnul Rahmat, Hanez Suraya, Putera Hang Jebat dan Noris Ali ini yang  bermula dengan memperkenalkan lapan watak utama Salim, Aliza, Raden, Mimi, Nazim, Nasha, Shawn dan Rozi. Salim seorang penjual durian yang mendengar pesanan Pak Arn di gerai durian mereka. Aliza, Mimi dan Nasha ialah pelajar kolej bersama Shawn dan Rozi. Pensyarah mereka, Cik Lat menasihati Aliza, Mimi dan Nasha yang lewat masuk kuliah. Raden yang bekerja di kolej telah meleraikan pertengkaran di antara kumpulan Aliza dan kumpulan Rozi. Nazim pula baru membuka gerai minyak dan ubat tradisional Melayu bersama sepupunya, Syawal.

Shawn cuba memujuk bekas kekasihnya, Aliza tapi gagal. Di rumah, Aliza, Mimi dan Nasha mula berbincang aktiviti cuti semester kolej nanti. Mereka tidak mahu ikut rancangan ibubapa masing-masing lalu mereka meminta bantuan Cik Lat. Dia telah memberi cabaran mereka harus membawa pasangan lelaki di majlis hari lahirnya.

Salim pula risaukan kesihatan ibunya, Mak Mah di rumah. Manakala Mimi melabur dalam internet dengan seorang lelaki bernama Taufik. Nasha telah terlanggar Nazim di kedai buku. Selain kerja di kolej, Raden juga kerja di warung Mee Jawa milik Kak Ana. Mimi pula mula sukakan Raden.

Di gerai durian pula, Pak Arn menasihati Salim yang ada ijazah pertanian untuk terus maju. Esoknya Aliza, Mimi dan Nasha memulakan cabaran Cik Lat. Mimi kemudiannya bertanyakan Taufik tentang perkembangan pelaburan internetnya. Dalam diam Salim mula sukakan Aliza. Pada masa sama Nasha telah diragut, Nazim membantunya dan sejak itu dia mula sukakan Nazim. Mimi kecewa Taufik tidak muncul. Raden mengharap Mimi datang gerai Mee Jawa lagi. Salim pula mengharap dapat berjumpa Aliza lagi.

Datin K, ibu Aliza ingin menjodohkan anaknya itu dengan seorang. Aliza, Mimi dan Nasha berborak tentang Datin K yang suka makan durian sedangkan mereka tidak. Nasha menceritakan tentang Nazim kepada Aliza dan Mimi. Nazim dan Syawal mengajar budak-budak bermahaban. Aliza, Mimi dan Nasha meneruskan cabaran Cik Lat. Mereka berjalan-jalan di kawasan yang ramai orang. Satu malam, mereka dapat melihat pelbagai gelagat lucu lelaki-lelaki.

Dapatkah akhirnya mereka menyahut cabaran Cik Lat untuk membawa pasangan masing-masing ketika sambutan hari jadinya? Bagaimana pula sebiji durian mampu menyatukan cinta antara remaja-remaja itu? Saksikan babak-babak menarik drama komedi 13 episod ini untuk mengetahui kesudahannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Menantang Maut Lakonan Ivy Batuta, Nadila Ernesta

Video Klip OFFICIAL Lagu Bukan Cinta Manusia Biasa DEWA 19