in

Butik Sonali Rumah Fesyen India Yang Unik

Salah sebuah peneraju rumah fesyen India di negara ini, Sonali mempersembahkan rekaan Salwar Kameez buatan tangan dan eksklusif untuk wanita berpengetahuan luas dan ingin menikmati setiap kegembiraan memiliki dan menggayakan persalinan yang tidak dipunyai individu lain.

Koleksi butiknya hanya satu setiap pasang, bukan rekaan berulang dan dihasilkan khusus mengikut tempahan bagi melekap sempurna mengikut bentuk tubuh dan tinggi setiap pelanggan. Hanya tukang jahit mahir digunakan bagi memastikan setiap rekaan menepati potongan dan memberi keselesaan maksimum kepada setiap wanita.

Sonali – Rumah Fesyen India dengan Kelainan. Butik rekaan tersendiri, koleksi linen unik dan saiz mengikut tempahan. Untuk acara karpet merah dan rekaan fesyen tersendiri sempena Diwali ini, tiada yang lebih hebat selain Sonali Products (M) Bhd.

“Kami sedar betapa pentingnya penawaran rekaan bespoke yang menawan, namun adalah lebih penting bagi pakaian kami berpadanan dengan wanita dengan sempurna dan selesa. Potongan sempurna menyerlahkan kecantikan si pemakai dan pakaiannya. Kami menawarkan tempahan khas kerana kebanyakan Salwar Kameez dari India terlalu kecil, terlalu panjang atau terlalu pendek untuk majoriti wanita di Malaysia. Koleksi butik kami menyediakan saiz sehingga 9XL,” ujar pengasas dan CEO Sonali Products (M) Bhd, Susma Suresh.

Susma memberitahu, rekaan bergaya salwar kameez berkolar tinggi dan berlengan panjang, boleh digayakan tidak hanya untuk perayaan seperti Diwali atau acara istimewa seperti resepsi perkahwinan namun sesuai untuk ke pejabat, bersantai di malam hari, berkunjung ke rumah keluarga dan teman-teman serta acara sosial. Rekaan eksklusif salwar kameez dijual pada harga bermula RM59 ke atas.

Satu lagi tawaran unik daripada Sonali ialah koleksi berasaskan linen. Ia merupakan satu-satunya rumah fesyen India yang menggunakan linen – mewah, bergaya dan tahan lebih lama – digunakan untuk menghasilkan pakaian sehingga saiz 5XL dan bagi kanak-kanak bermula daripada usia dua tahun. Fabrik linen yang popular ini, yang juga sesuai untuk waktu bekerja dihasilkan, direka, dijahit dan kemudiannya ditambah cita rasa Malaysia untuk produksi terakhir di kilang Sonali di Mumbai.

“Bagi keluarga yang mengimpikan gaya trendy sempena Diwali ini, kami mempunyai linen untuk peringkat umur yang berbeza yang boleh didapati pada saiz yang pelbagai. Fabrik kami tidak dibeli dari pasar raya borong tetapi dihasilkan di kilang sendiri bagi memastikan kawalan terbaik ke atas material mentah yang ingin digunakan bagi penghasilan produk menggunakan fabrik linen ini. Memiliki pusat perkilangan sendiri juga membantu kami mengeluarkan pakaian yang berpatutan,” jelas Susma.

Item-item di bawah koleksi linen berharga kira-kira RM29 setiap helai.

Kilang Sonali di Mumbai mempunyai 40 pekerja, empat daripadanya pereka dan selebihnya ditugaskan untuk kerja-kerja sulaman, potongan dan pensaizan, pelengkapan serta pembungkusan.

Satu lagi nilai istimewa Sonali berbanding rumah fesyen lain ialah rangkaian luas saiznya untuk setiap rekaan, warna bagi setiap koleksi. Ia menawarkan saiz daripada small (38” saiz dada) sehingga 9XL (64” saiz dada).

“Kami menyasarkan kepada wanita daripada semua saiz. Kami mahu setiap wanita berpeluang memakai pakaian bergaya yang direka cantik mengikut warna pilihan mereka, tanpa mengira apa jua saiz. Pakaian cantik yang mengikut potongan badan dengan sempurna akan membantu menyerlahkan susuk menarik tubuh kita dan membuatkan kita berasa dan kelihatan menarik dan gembira – yang juga satu bentuk terapi kepada minda, tubuh dan jiwa,” tambah Susma.

Sonali juga mempunyai katalog sempena Diwali, yang menawarkan seleksi menawan yang merangkumi salwar kameez, sari, pakaian lelaki dan kanak-kanak, pakaian dan warna sedondon buat pasangan. Banyak lagi rekaan menarik boleh dilihat pada laman web www.sonali.com.my.

Butik Sonali Rumah Fesyen India Yang Unik

Butik Sonali Rumah Fesyen India Yang Unik

Butik Sonali Rumah Fesyen India Yang Unik

Butik Sonali Rumah Fesyen India Yang Unik

Butik Sonali Rumah Fesyen India Yang Unik

Butik Sonali Rumah Fesyen India Yang Unik

Butik Sonali Rumah Fesyen India Yang Unik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHEILA MAJID

Ulasan Budiey di Konsert Sheila Majid & Harvey Malaihollo di DFP

Pusara P.Ramlee & Saloma Siap Dibaiki Semula