Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Busana Lebaran dan Fesyen Raya

6 PROGRAM-PROGRAM MAJALAH/DOKUMENTARI : BUSANA LEBARAN, FESYEN DE RAYA, SINARAN SIHAT, ENAK LAGI SIHAT, SYAHADAH (MUSIM 5), PERSIAPAN RAYA KAUM INDIA MUSLIM DAN PERSIAPAN RAYA KAUM CINA MUSLIM DI TV2

Program-program majalah sememangnya menjadi pilihan penonton untuk berkongsi tip dan panduan terutama menjelangnya sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang menyusul sebulannya merangkumi bidang fesyen, masakan, persiapan raya di samping menitikberatkan soal kesihatan.

RTM turut tidak ketinggalan menjanjikan variasi program majalah menampilkan Busana Lebaran (Mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 pagi), Fesyen De Raya (Mulai 23 Ogos 2009, setiap Ahad, jam 10.30 pagi), Sinaran Sihat (mulai 1 September 2009, setiap Isnin hingga Ahad, jam 6.30 pagi), Enak Lagi Sihat (mulai 25 September 2009, setiap Jumaat hingga Selasa, jam 6.30 pagi), Syahadah (Musim 5) bermula  24 Ogos 2009, setiap hari Isnin hingga Khamis setiap minggu, jam 4.30 petang selain dua program menarik, Persiapan Raya Kaum India Muslim dan Persiapan Raya Kaum Cina Muslim (pada 14 hingga 17 September 2009).

Busana Lebaran, sebuah program berbentuk majalah yang memaparkan fesyen yang sesuai untuk menyambut lebaran yang bakal menjelma termasuklah pakaian wanita seperti Gown Dan Blouse (Poney Garment), Jubah (Butik Khadani), Kurung dan Kebaya yang dihasilkan daripada songket, sutera semai dan batik sebelum menerusi episod khas Busana Lebaran menampilkan busana-busana lebaran bersiaran di restauran Bora Ombak dan di Teratak Pak Habib di Janda Baik selain diserikan kemunculan seorang artis akan memperdengarkan sebuah lagu sempena hari raya. Manakala Fesyen De Raya pula, program 8 episod yang menghidangkan fesyen-fesyen terkini dan moden yang sesuai digayakan sempena Hari Raya untuk seisi keluarga. Pastinya program ini mampu membantu golongan hawa dan ibu yang begitu menitikberatkan soal fesyen untuk keluarga masing-masing.

Dalam memberikan tumpuan khusus tentang penjagaan kesihatan manusia terutamanya daripada segi pemakanan sewaktu berpuasa di bulan Ramadan dan juga ketika merayakan Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal, RTM menyiarkan program  program Sinaran Sihat. Selama 30 minit, para penonton akan dipaparkan dengan pelbagai maklumat terkini yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian.Persembahan adalah secara santai tetapi padat dengan pelbagai informasi. Bukan itu sahaja, rancangan ini juga akan memaparkan pandangan serta pengalaman daripada pakar-pakar dan individu terlibat itu sendiri tentang sesuatu isu yang difokuskan. Pendapat daripada pakar-pakar pemakanan dan kesihatan yang berpengalaman dan bertauliah ini tentunya akan menjadikan rancangan ini sebagai satu sumber apabila membincangkan soal kesihatan.

Enak Lagi Sihat pula memaparkan beberapa objektif dan misi untuk memberi panduan kepada penonton tentang keperluan mengamalkan pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan yang optimum. Rancangan ini dibarisi oleh 3 selebriti utama iaitu Linda Onn selaku pengacara, Chef Selebriti Norzailina Nordin dan Puan Norlia Abdullah yang merupakan seorang pakar pemakanan.

Rancangan ini dihiasi dengan susunan beberapa segmen menarik iaitu “Resipi Enak” yang memaparkan 2 resipi masakan enak lagi sihat dan satu jus minuman istimewa. Resipi masakan tersebut turut dianalisis oleh pakar pemakanan. Satu lagi segmen yang ditampilkan di dalam Enak Lagi Sihat adalah “Cergas”, di mana Puan Norlia dan Linda bergandingan menunjukkan cara senaman yang ringkas yang sesuai diamalkan oleh para penonton.
 
Istimewanya, program majalah Syahadah (Musim 5) turut disiarkan menemui penonton dengan menjelajah ke beberapa negara Islam Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Azerbaijan dan Tajikistan dalam berkongsi kejayaan yang dicapai merupakan hasil dari pengalaman Islam yang Syumul juga ilmu pengetahuan, ketinggian akhlak dan anjakan paradigma menjadi teras kepada kebangkitan tamadun manusia.

Begitu pun program istimewa Persiapan Raya Kaum India Muslim dan Persiapan Raya Kaum Cina Muslim juga tidak ketinggalan menemui penonton RTM dimana menerusi program setengah jam ini mengetengahkan persediaan dan persiapan masyarakat kaum India dan Cina muslim dalam menyambut Hari Raya yang bakal menjelma. Pastinya kemeriahan turut dikongsi sama dengan seluruh masyarakat negara kita sebelum ini kurang pendedahan tentang persiapan dilakukan mereka.

Kepada anda yang berminat mengikuti program majalah menarik ini, ikuti Busana Lebaran (Mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 pagi), Fesyen De Raya (Mulai 23 Ogos 2009, setiap Ahad, jam 10.30 pagi), Sinaran Sihat (mulai 1 September 2009, setiap Isnin hingga Ahad, jam 6.30 pagi), Enak Lagi Sihat (mulai 25 September 2009, setiap Jumaat hingga Selasa, jam 6.30 pagi), Syahadah (Musim 5) bermula  24 Ogos 2009, setiap hari Isnin hingga Khamis setiap minggu, jam 4.30 petang selain dua program menarik, Persiapan Raya Kaum India Muslim dan Persiapan Raya Kaum Cina Muslim (pada 14 hingga 17 September 2009) hanya di TV2.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dina dan Along Pengacara Salam Lebaran 2009
  • Gambar Rakaman Mentor Raya 2009
  • MAWI, MIMIE AISHA DALAM UCAPAN HARI RAYA SIARAN LANGSUNG SALAM LEBARAN
  • Gambar Selebriti Bergaya Dengan Fesyen Baju Raya Michael Shu
  • Ucapan Selamat Lebaran 1430H dari Wangi The Fabulous Cats
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Aidilfitri Dua Negara Di Sinar Lebaran 2009
  • Rakaman Raya Bersama Fara di Studio 2 NTV7
  • Sensasi Selebriti loves Link & Tempahan Iklan Murah!



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!