in

BURGERBYTE Tawar Menu Baru Sempena Bulan Ramadan

BURGERBYTE Tawar Menu Baru Sempena Bulan Ramadan. Bakal menggamit selera dengan Kombo Montreal Rice Ayam dan Kambing Panggang. Sempena bulan Ramadan Restoran Burgerbyte menawarkan set menu Kombo Ramadan Burgerbyte yang sememangnya menjanjikan kelainan kepada penggemar Burgerbyte.

Set Menu Kombo Ramadan Burgerbyte menampilkan Montreal Rice Ayam Panggang, Montreal Rice Kambing Panggang, Naked Burger dan juga Seafood Marinara Spaghetti.

_MG_4752

Menurut Chef Nasiruddin Abu Hassan, set kombo Montreal Rice ini adalah unik kerana berkombinasikan citarasa barat dan tempatan. Nasi Goreng Bertomato ini diolah istimewa dengan rempah-rempah yang terpilih. Peha ayam tanpa tulang dan kambing panggang ini diperap dengan rempah istimewa yg dipanggil Montreal. Bagi menambah lagi rasa keunikan rasa ayam panggang dan nasi goreng bertomato ini disajikan bersama sayur pico de gallo yang diolah sendiri mengikut citarasa Burgerbyte. Sajian ini juga lebih enak dimakan bersama sos Salsa yang direka khas. Menyerikan lagi hidangan ini adalah minuman Teh O Ais dengan perahan limau nipis yang menyegarkan dengan buah kurma dan pencuci mulut bagi melengkapkan hidangan berbuka puasa di restoran Burgerbyte.

Memulakan operasi tiga tahun lepas, Restoran Burgerbyte ini terkenal dengan makanan Barat yang sesuai dengan kesesuaian rasa masyarakat Malaysia dan pada masa yang sama turut mempunyai menu citarasa masyarakat tempatan. Restoran produk tempatan yang popular ini kini giat dioperasikan oleh enam rakan-rakan kongsi usahawan Bumiputera termasuk pengacara dan pelawak terkenal Zizan Razak.

“Kami ingin mencipta sesuatu tradisional dan memberi twist makanan barat bagi Kombo Montreal Rice. Kami yakin bahawa produk ini pasti menjadi popular di kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja dan berkeluarga yang sentiasa mencari sesuatu yang ringkas namun memuaskan apabila menikmati hidangan,” kata salah seorang pemilik Burgerbyte, Zizan Razak.

“Sambutan yang diterima pada Ramadan tahun lalu amat menggalakkan”, tambahnya lagi.

Selain itu, Burgerbyte juga terkenal dengan burger yang menggunakan 100 peratus daging halal berkualiti, Burgerbyte juga menawarkan kepelbagaian menu, dari masakan Barat merentas citarasa Itali seperti Spaghetti, Pasta dan Westernized Nasi Arab tetapi tidak mengenepikan keunikan masakan Asia.

Sempena Ramadan juga, Burgerbyte menawarkan diskaun khas sebanyak 10% kepada para siswa dan siswi dengan hanya menunjukkan kad pelajar.

Promosi Set Kombo Ramadan Burgerbyte kini boleh didapati di semua rangkaian Burgerbyte di seluruh negara mulai 18 Jun 2015 sehingga diberitahu kelak

Promosi Set Kombo Ramadan Burgerbyte (set untuk seorang) ini dijual dengan harga RM19.80 bagi set Montreal Rice Ayam Panggang, set Montreal Rice Kambing panggang dengan harga RM23.80, set Seafood Marinara Spaghetti dijual dengan harga RM22.80 dan set Naked Burger sebanyak RM22.80.

Bagi set menu keluarga (sesuai bagi lima orang) ini dijual dengan harga RM94.80 bagi Montreal Rice Ayam Panggang, set Montreal Rice Kambing Panggang dengan harga RM114.80, set Ramadan bagi (3 ayam panggang dan 1 kambing panggang) adalah RM119.80.

Semua set ini dilengkapi dengan teh o ais limau, buah kurma dan pencuci mulut.

_MG_4763

Mengenai Burgerbyte:

Restoran yang berkonsepkan santai dengan suasana tempatan dan Mexico ini mula beroperasi pada bulan Disember 2012 yang sesuai untuk seisi keluarga. Restoran Burgerbyte kini mempunyai 14 cawangan di seluruh negara termasuk Sentul, Senawang, Bangi Seksyen 15, Subang Jaya SS15, Damansara Perdana, Saujana Putra, Semenyih, Bandar Tasik Permaisuri, Bukit Beruntung selain di luar Kuala Lumpur termasuk di Kota Bahru, Kelantan, Melaka, Johor Bahru dan Sri Iskandar Perak dan terbaru adalah di Kluang, Johor. Layari www.burgerbyte.my untuk keterangan lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Tahir Bakal Jayakan Konsert Orkestra Filharmonik Malaysia Musim Ke-18

Karl Shafek Masuk Wad Gara-Gara Kanta Sentuh