in

Bunkface Wakil Malaysia di Asian Music Festival 2011 Hong Kong

BUNKFACE BAWA NAMA MALAYSIA DI PENTAS HONG KONG ASIAN MUSIC FESTIVAL 2011

Pada 23 Mac 2011 yang lalu, Hong Kong Asia Music Festival (HKAMF) telah berlangsung di Hong Kong Exhibition & Convention Centre, Hong Kong. Festival ini telah dianjurkan oleh pihak IFPI dari Hong Kong dan melibatkan 6 buah Negara dari serata Asia.

Antara negara yang menyertai festival yang julung kali diadakan ini ialah seperti China, Taiwan, Singapura, Korea, Malaysia dan tuan rumah iaitu Hong Kong. Negara Jepun yang pada mulanya dijangka menyertai festival tersebut melalui peserta, Ikumi Kumagai terpaksa mengundurkan diri kerana keadaan negara Jepun masih berada dalam keadaan tidak stabil pada ketika ini.

Bunkface

Semua peserta yang menyertai festival ini merupakan artis yang terulung bagi setiap negara masing-masing. Berikut adalah senarai artis artis yang bertanding yang mewakili negara masing masing.

CHINA : Wu Qiong
KOREA : The Boss
SINGAPURA : Kewei
TAIWAN : Sigma
HONG KONG : William Chan
MALAYSIA : Bunkface

Terdapat Juga artis undangan yang hadir bersama untuk memeriahkan malam festival tersebut diantaranya seperti Fish Leong, Lollipop, Super Junior M dan ramai lagi. Festival yang telah mempertaruhkan 3 anugerah iaitu Best Stage Perfomance, Best Vocal, dan Anugerah terulung iaitu “Super Nova Awards” ini telah berjaya menarik hampir 6 ribu penonton di dalam dewan konvensyen tersebut.

Format HKAMF mempunyai 2 pusingan pertandingan iaitu pusingan pertama dan kedua. Pada pusingan pertama, keenam-enam negara peserta perlu memainkan 1 lagu sendiri mengikut pilihan sendiri. Selepas itu, hanya 4 negara peserta sahaja yang akan layak untuk memasuki peringkat ke-2 (Pusingan Akhir).

Pertandingan yang berlangsung dengan begitu sengit sekali yang mempertaruhkan pelbagai genre muzik pop ini telah melayakkan 4 peserta dari Negara China – Wu Qiong, Singapura – Kewei, The Boss – Korea dan Bunkface sendiri yang mewakili Malaysia ke pusingan ke-2.

Untuk peringkat kedua ini, kesemua peserta yang terpilih diminta untuk memainkan apa-apa lagu popular dari artis lain tetapi dengan pilihan sendiri. Berdasarkan markah yang diberi oleh juri, keempat-empat negara peserta akhir ini telah memberikan saingan yang sangat sengit daripada segi pemarkahan.

Persembahan Bunkface untuk pusingan ke-2 ini membawa lagu ‘We Are The Champion’ dari Queen telah melayakkan Bunkface mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan pemarkahan dari segi persembahan pentas dan persembahan vokal.

Bunkface yang diwakili trio anak muda, Shamsul Annuar Baharum (Sam) – selaku Vokalis, Ahmad Farhan Hashim (Paan) – Gitar Utama dan Muhammad Farouk Jaafar (Youk) – Gitar Bass telah memilih lagu daripada album mereka sendiri ‘Escape Dance’ telah memberikan cabaran yang sengit buat Wu Qiong, Kewei, dan The Boss.
Untuk festival Asia ini, kumpulan Bunkface telah berjaya meletakkan diri mereka sebagai salah satu diantara artis yang setanding dengan artis-artis popular dari seluruh Asia. Penyertaan Bunkface juga telah mengejutkan ramai pihak, iaitu dari penonton, juri, artis yang bertanding, artis jemputan dan juga pihak IFPI sendiri. Kebanyakkan mereka tidak menyangka bahawa Malaysia mempunyai artis yang begitu berbakat pada masa kini.

Persembahan Bunkface juga telah membuka mata kesemua penduduk Asia bahawa Malaysia mempunyai produk yang boleh diketengahkan di peringkat Asia dan juga antarabangsa. Semoga kejayaan Bunkface ini dapat membuka pintu kepada artis-artis Malaysia yang lain untuk mengharumkan nama negara samada di peringkat Asia mahupun Antarabangsa.

Pada Festival Muzik Asia Hong Kong 2011 juga, buat pertama kalinya kumpulan Bunkface melalui Bunkface TV Production telah menerbitkan sebuah rancangan TV yang merupakan produk sulung mereka,rancangan travel ‘ Bunkface @ Hong Kong’ yang bakal memaparkan kisah suka, rintangan dan halangan mereka ketika menyertai festival tersebut. Turut dipaparkan beberapa lokasi menarik di sekitar Bandar metropolitan Hong Kong yang pasti menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Berita TV3 Dilancarkan

Peserta Sejuta Impian TV3 Bakal Diumumkan