in

Jom Nikmati Buffet Ramadan Citarasa Kampung di 9KEDONDONG

Setibanya bulan Ramadan, ramai antara kita tercari-cari lokasi restoran yang enak untuk berbuka. Masing-masing ada selera dan citarasa sendiri. Kepada korang yang mahu menikmati masakan juadah bercitarasakan kampung, Budiey nak sarankan satu restoran yang menawarkan Buffet Ramadan yang gerenti sedap dan puas hati iaitu di 9KEDONDONG.

9KEDONDONG

Untuk info pembaca, 9KEDONDONG terletak di No 9, Jalan Kedondong, Ampang, Kuala Lumpur dan sekarang hangat diperkatakan kerana ramai yang dah datang berpuas hati dengan harga dan makanan yang lazat yang disediakan.

Tetamu boleh menikmati makanan dan berbuka puasa seperti suasana kampung di Dewan Sajian Utama 9Kedondong di mana mereka boleh memilih makanan di lapan buah gerai dan satu meja utama Buffet dan memilih makanan pilihan Ramadan yang disediakan di sini.

Meja Utama Buffet menyediakan makanan asli bercitara kampung seperti Ayam Pandan, Siput Masak Lemak Cili Api, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Gulai Pucuk Paku dan macam-macam lagi. Selain daripada itu, tetamu juga akan disediakan dengan Nasi Pilihan yang berbeza setiap hari serta pelbagai jenis Mee dia Gerai Mee.

Untuk keselesaan para tetamu semasa Ramadhan Buffet ini, 9Kedondong juga menyediakan tempat solat dan Imam yang akan mengetuai Solat Maghrib, Isya’ dan Terawikh setiap hari di tempat khas untuk bersolat.

Buffet Ramadhan 9Kedondong Citarasa Kampung akan bermula setiap hari pada pukul 6.00pm – 10.00pm bermula dari 30th May 2017 sehingga 21st Jun 2017.

Harga untuk Dewasa ialah RM55.00 nett dan RM28.00 nett seorang bagi kanak-kanak berusia 6 – 12 tahun serta Warga Emas berusia 60 tahun keatas. Untuk kanak-kanak berusia bawah 6 tahun, tiada charge dikenakan.

Untuk tetamu yang ingin menjadi ‘host’ dan Majlis Berbuka Puasa persendirian atau Majlis Gathering, kami menyediakan pakej dan menu yang berlainan.

Maklumat lanjut boleh hubungi kami di 016 – 886 8311 Miss Rabia or 017 – 2250705 Mr Haziq.

9Kedondong Citarasa Kampung Buffet Ramadhan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Pentas Qari Jr 2017

Konflik Adik-Beradik Dalam Telemovie DETIK BERPUTAR