in

Buffet Berbuka di Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur

Baru-baru ini, Budiey terpanggil untuk merasai kenikmatan dan kelazatan juadah Buffet Ramadan di Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur, yang terletak bersebelahan je dengan Ritz Carlton di Jalan Imbi. Senang je nak cari hotel ni. Dekat dengan pusat membeli belah di Jalan Bukit Bintang.

Seperti tahun-tahun sudah, Ramadhan Buffet menjadi satu trend masyarakat Malaysia. Tak kira hari-hari bekerja atau di hujung minggu apatah lagi, hotel-hotel yang mengadakan promosi untuk buffet berbuka pasti akan disinggah oleh orang kita.

Pertama kali singgah di Hotel Dorsett, Budiey dapat rasakan aura keMelayuan pada senibina dan dekorasi restoran The Checkers ini.  Yang pasti Budiey rasa best sangat dijamu dengan hidangan yang sangat meriah.

Dinasihatkan kepada pembaca yang nak berbuka puasa di sini, hendaklah tempah seat anda terlebih dulu sebab seat sangat terhad. Budiey rasa setiap hari pastinya ruang di restoran hotel – THE CHECKERS ini akan penuh dengan pengunjung. Bukan apa, sudah tentu ramai yang teruja nak berbuka kat sini sebab harganya sangat berpatutan. Dengarnya, jika anda buat tempahan awal, buffet berbuka ini boleh dinikmati dengan RM60 nett sahaja.

Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur
Kepelbagaian masakan dan citarasa ada di sini dan ini yang menjadi daya tarikan utama. Bukan hanya masakan tradisional Melayu malah ada juga masakan dari barat dan Jepun juga turut dihidangkan buat anda semua.

Oh ya, tak dilupa juga ada beberapa jenis sup telah Budiey nikmati di sini. Paling best ialah Sup Ekor Berempah. Wallah wei best terangkat dowh!

Kalau tak nak hirup dengan sup ekor, korang boleh rasa kesedapan sup cendawan. Mmm… sangat berkrim, disukai ramai yeah!

Bukan setakat dapat makan juadah yang best, tetamu juga akan terhibur dengan persembahan selebriti chef Jaafar Onn dan penyanyi dangdut Haiza. Selain buat show, Jaafar Onn juga turut memasak hidangan seperti Nasi Lebaran, Ayam Mak Dara, Daging Masak Muara dan Nasi Seri Tanjung.

Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur

Sebenarnya, promosi buffet berbuka puasa ini bermula pada 1 Ogos hari tu sampailah tamat bulan Ramadan iaitu pada 30 Ogos 2011 dengan menawarkan harga RM75++ untuk seorang.

Tak nak makan daging, korang juga boleh pilih makanan laut atau seafood yang tersedia dengan beberapa pilihan yang segar. Ada oyster, mussels dan udang merah.

Budiey tak berapa suka dengan seafood sebab alahan. Tak pe, Budiey rasa nak try keenakan daging kambing panggang. Nampak macam yummy!

Citarasa Selera menawarkan juga pembuka selera dan pelbagai jenis salad seperti burung puyuh goreng kunyit, serunding ayam, paru goreng berlada, kerabu nangka muda, kerabu daun silom, kerabu kacang botol dan kacang panjang, acar, tempe goreng berempah, pais udang. Beberapa citarasa sos juga disediakan bersama dengan sambal dan crackers. Signature dishes kat sini seperti supa ayam berempah, balitong masak lemak cili padi, pari masakam asam pedas, rojak pasembor. Terdapat juga, mee rebus ketam, nasi ayam, murtabak yang disediakan dengan kuah kari, grilled mear, seafood dan juga satay. Tak ketinggalan sup ekor lembu, krim asparagus, marinated striploin of beef dengan sos lada hitam, dendeng daging, kelio udang berbendi, ikan patin masak asam tempoyak, ketam goreng cili berempah, daging salai masak lemak cili api, sos limau, pisang goreng dan jackfruit.

Okay, sebagai pencuci mulut pula, disediakan pengat keladi, sweet corn water chestnut, apple crumble, kuih muih melayu, kek nyonya, ice kacang dan cendol, pelbagai jenis ais krim dan home made cookies juga disediakan di sini.

Kepada pembaca yang nak datang berbuka di Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur, bolehlah menempah dengan menghubungi talian +603 2716 1000 ext 188.

Hotel Dorsett Regency

Satay Daging

Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency

Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur

Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Casa del Rio Melaka

Melodi TV3 Siar Ada Orang Menyamar Jadi Wartawan Sinar Harian