Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











BUDIEY SANA SINI: INDIANA JONES, STIRRING ODISSI, MEDIA TEA PARTY



Pada hari ini, selain dijemput untuk ke Prebiu Filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull (2008) di Mid Valley, Budiey turut menerima jemputan daripada Maxis Communication Berhad untuk menghadiri Stirring Odissi Press Conference and Preview yang diadakan di Concourse, Bangsar Village II. Majlis prebiu dan sidang media ini diadakan  sempena penajaan maxis untuk Odissi Festival yang akan diadakan untuk pertama kalinya dia Malaysia dari 23 Mei hingga 14 Jun 2008. Tahniah MAXIS!

Oh ya, petang ini juga, Budiey ada menerima e-mail jemputan daripada penyanyi bersuara emas, Juwita Suwito. Adik kepada Aubrey Suwito ini akan melancarkan Live EP singles dengan mengadakan sedikit jamuan tea ringan dalam bentuk party, MEDIA TEA PARTY di Avanti, Sunway Lagoon Resort Hotel. Let’s Get This Party Started, bebeh!

Petang ini juga akan berlangsung satu Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang Anugerah Bintang Popular 2007 dan juga kepada pembaca Berita Harian. Wow! Siapalah pembaca yang bertuah menang kereta ni… Majlis akan berlangsung di Palace of The Golden Horses pada petang ini dijangka akan dihadiri oleh pemenang ABP seperti Mawi, Fara Fauzana, Dato’ Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

Petang ini, seramai 62 pemenang termasuk hadiah utama yang bakal membawa pulang kereta Peugeot 307 bernilai RM140,000 peraduan Undi dan Menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007) akan turut hadir.

Selain kereta Peugeot 307 untuk pemenang pertama, pemenang kedua akan membawa pulang barang kemas Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM50,000 dan tiga pemenang tempat ketiga menerima barangan Habib bernilai RM20,000 setiap seorang. Wow! Lumayan tu!

Lima pemenang lain akan membawa pulang barang tajaan Habib bernilai RM10,000 setiap seorang.

Pelbagai hadiah lain yang bakal dibawa pulang pemenang termasuk barang elektrik berjenama JVC bernilai RM30,000 termasuk dua set TV LCD bersaiz 32 dan 42 inci, masing-masing berharga RM2,999 dan RM7,999, selain produk Loreal bernilai RM3,000.

Kepada semua pemenang, tahniah la ya.

[tags]myfew.net, events, entertainment, Mawi, Fara Fauzana, Dato’ Siti Nurhaliza, Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull, maxis communication, Stirring Odissi, media tea party, juwita suwito, senarai pemenang pembaca abp[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar Sidang Media & Prebiu Stirring Odissi di Bangsar Village II
  • Movie Carnival 2008
  • MAXIS & SUTRA FOUNDATION Present Odissi Stirred
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Penyakit Kulit Hanya Alasan Untuk Michel Jackson Berkulit Putih
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Filem Malaysia’s Sweetheart: Apa Ada Di Nollywood?
  • Ismail Haron Meninggal Dunia
  • Gambar Ifa Raziah di Party Masquerade Media Hiburan



  • Satu Komen untuk entri “BUDIEY SANA SINI: INDIANA JONES, STIRRING ODISSI, MEDIA TEA PARTY”

    1. rusydi kata:

      assalammualaikum erin boleh tak saya kawan
      dengan awak sebab saya tak ada kawan

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK