Budiey Mencari 30 Pembaca ke Majlis Pratonton FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1
Hadiah Untuk Korang! Jadilah 30 orang penonton pertama Filem FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1!
Yuhuuu! Korang mahu menghadiri Majlis Pra Tonton FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1 bersama para pelakon Wahid, Lan Pet Pet dan Azli tak? Eh, bukan diorang aje, ramai lagi. Antaranya, Fauziah Nawi, Zul Huzaimi, Julia Hana, Piee, Zaibo, Illya, Ropi Cecupak, Osman Kering, Eizlan Yusoff dan Shamsul Ghau-Ghau.
Hah! Inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan adegan lawak paling gempak giler yang mencuit hati dalam filem arahan Ahmad Idham ini!
Dengan kerjasama Metrowealth Sdn Bhd, Sensasi Selebriti ingin memberikan 30 tempat duduk PERCUMA untuk pembaca dan juga penulis blog yang boleh menghadirkan diri di majlis ini yang akan diadakan pada:
Tarikh:
12 September 2008 (Jumaat)
Masa:
jam 3.00 petang
Tempat:
Tanjung Golden Village (TGV) The Mines Shopping Fair, Seri Kembangan, Selangor.
Jamuan berbuka puasa akan disediakan untuk korang di Restoran Lemon.
Jadi, apa tunggu lagi! Ini hadiah percuma beb! Caranya ialah dengan menghantar email kepada:

selewat-lewatnya pada 10 September 2008 dengan tajuk: Ingin Menghadiri Majlis Pra Tonton FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1.
Jangan lupa untuk sertakan nama, alamat ringkas dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi. Seorang pembaca boleh membawa seorang kawan sahaja. Tiada slogan diperlukan. Anda hanya perlu menghantar email sahaja!
Siapa cepat dia dapat!

Membabitkan bajet pembikinan dan promosi sebanyak RM1.5 juta, Senario The Movie – Episode 1 ini menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang, Kedah dan Perak. Lokasi dipilih bagi menghidupkan jalan cerita filem ini berkisar kehidupan realiti anggota kumpulan Senario – Azlee, Wahid dan Mazlan sebelum mereka menjadi terkenal.
Untuk pengetahuan semua, filem ini akan ditayangkan serentak seluruh Malaysia pada hari raya pertama mulai 1 Oktober 2008.
Tags: Filem
Tags: Filem, JemputanClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





September 7th, 2008 at 10:41 pm
bes nyer…
nk ikot…
hhehehehe…
September 8th, 2008 at 11:36 am
dah emel dah..harap2 masuk list..hehe
September 9th, 2008 at 8:27 am
mazen nk gak ikut… tp waktu keje r budiey. igtkan nk kenalkan budiey dgn husband mazen. tp x dpt r nk jumpe. klu sabtu td kan best. he he he…