in , ,

Budiey di Konti Suria FM Untuk Promosi #PartyBudiey

#PartyBudiey sudah pun satu minggu berlalu. Tapi kehangatan masih lagi terasa. Di twitter, hashtag #PartyBudiey masih lagi dimeriahkan dengan gambar-gambar dan juga entri-entri blog dari pembaca budiey.com yang hadir.

Ada yang post gambar-gambar bersama dengan selebriti dan tak kurang juga ada yang tag gambar mereka bersama Budiey. Kepada anda yang masih memeriahkan hashtag #PartyBudiey di Twitter, terima kasih banyak-banyak ya.

Video-video sekitar Parti Ulangtahun Budiey.com sudah pun Budiey upload di Youtube. Termasuklah video persembahan artis yang menghiburkan pembaca dan juga video sebelum berlangsung #PartyBudiey. Jika ada masa terluang, Budiey akan letakkan satu persatu di blog ini. Jika anda perasan, Budiey ada letak video #PartyBudiey di ruangan Featured Video. Harap korang layannnzz la ya.

By the way, sebelum berlangsungnya #PartyBudiey, sememangnya Budiey sibuk ke hulur-hilir untuk mengangkut segala barang tajaan dari penaja. Tahun ini, alhamdulilah, Budiey menerima banyak sekali barangan tajaan.

Pendek kata, hampir penuh jugaklah goodie bag masing-masing. Harapan Budiey semoga korang semua berpuas hati la ya. Itu sahaja yang Budiey mampu berikan.

Pada 18 Januari lalu, seperti Budiey war-warkan di laman sosial Twitter dan Fanpage Budiey.com, Budiey telah menjadi tetamu DJ Lin dalam segmen Suria Cinta. Ingat ke, Budiey sorang je yang ada di konti Suria FM masa tu, rupanya sponsor untuk #partyBudiey iaitu produk penjagaan & kesihatan badan, Nureen’s pun ada datang untuk menyampaikan sendiri lima hamper tajaan Nureen’s untuk hadiah cabutan bertuah. Terima kasih banyak untuk pihak Nureen’s.

Dengar cerita, produk Nureen’s sekarang telah bertemu dengan seorang penyampai radio yang akan menjadi duta produk mereka? Betul ke? Mmm…. kita tunggu sahaja pengumumannya. Agak-agak siapalah penyampai radio yang bertuah tu ya?

Rasanya tak perlulah Budiey ceritakan secara terperinci tentang apa yang kami bualkan semasa ditemubual oleh DJ Lin sebab sudah tentulah korang tahu, tujuan Budiey bertandang di konti adalah untuk mempromosi dan bercakap tentang #PartyBudiey.

Berbeza dengan tahun lepas, Budiey tak rasa neves. Suara pun takde lah terketar-ketar. Oh ya, ini kali pertama Budiey menjejakkan kaki di pejabat Suria FM. Sebelum ni, ada juga pelawaan dari Suria FM untuk datang sini tapi masih tak berpeluang. Dan pada malam tu, Budiey dapat rasa perbezaan pejabat lama dengan pejabat baru. Memang best rasanya dapat kerja di Suria FM sebab pejabatnya sangat selesa, luas dan gaya dekornya juga lebih moden.

DJ Lin Suria Cinta juga bermurah hati menaja beberapa helai baju T & mug untuk hadiah cabutan bertuah #PartyBudiey.

Terima kasih kepada TebuPhotography iaitu Nazrul yang sudi menjadi jurugambar pada malam tu. Terima kasih ya. Memang gambar yang Nazrul ni cantik semuanya.


Budiey di Konti Suria FM

 

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Bukan Aku Lakonan Hairee Othman Aliza Rafar

Trivia Anugerah Juara Lagu TV3