Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Budiey.com Blog Rasmi Promo Tour SMASH



Bagi peminat muzik pop-dance, anda tentunya meminati SM*SH (SMASH), sebuah kumpulan dari Indonesia yang dianggotai oleh tujuh anak muda yang berbakat besar! Diambil daripada singkatan ‘Seven Men As Seven Heroes’, kumpulan ini dianggotai oleh Morgan Oey, Rangga Dewamoela Soekarta, Rafael, Dicky Muhammad Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi, dan Bisma Karisma.

SMASH

Budiey telah menerima lamaran dari Warner Music untuk menjadi blog rasmi atau official blogger untuk SM*SH promo tour di Malaysia mulai 12 hingga 18 Mac 2012 dan showcase SMASH pada 17th Mac ini. Pembaca Budiey.com juga berpeluang untuk memenangi pass eksklusif untuk bertemu dengan SM*SH.

Dengan memperjuangkan genre muzik pop-dance, SM*SH muncul dengan album pertama mereka yang bertajuk SM*SH. Album ini telah pun berada di pasaran bermula 29 September 2011 yang lepas, dan boleh didapati pada harga hanya RM20.90!

Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album ini :

1. Senyum Semangat
2. Ahh
3. Ada Cinta
4. I Heart You
5. Selalu Bersama
6. Inikah Cinta
7. Oh Ya
8. Akhiri Saja
9. Gadisku
10. I Heart You(Acoustic)

Pada kemunculan sulung mereka di Malaysia, SM*SH memperjuangkan single pertama mereka yang bertajuk “I Heart You”, ciptaan Sogi Indradhuaja, Decil Prapanca, Buni D’Looney, dan Hendi. Lagu rancak yang bertemakan rasa cinta terhadap seorang gadis remaja ini merupakan sebuah lagu dengan penggunaan kosakata yang sangat ‘ringan’. Melalui lirik yang ringkas dan telus, lagu ini mudah difahami dan tentunya senang diterima oleh kebanyakan golongan masyarakat.

smasher

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar SMASH di Sesi Photo RoadTour KL Malaysia
  • Gambar Rangga SMASH di Makan Malam Special Budiey.com
  • Gambar Morgan di Mini Showcase SM*SH di Sungei Wang Plaza
  • Gambar Reza di Makan Malam Eksklusif SM*SH & Budiey.com
  • Foto Ilham SM*SH di Makan Malam Special Bersama Budiey.com
  • Gambar Dicky di Mini Showcase SM*SH di Sungei Wang Plaza
  • Profil Smash
  • One Moment Can Make a Star Contest
  • Gambar Rangga Grup SMASH di RoadTour Malaysia
  • Peraduan Makan Malam Bersama Kumpulan SMASH



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK