in

Brownees & Car Crash Hearts Ke Final Rentak Juara

BROWNEES DAN CAR CRASH HEARTS MELANGKAH KE PERINGKAT AKHIR RENTAK JUARA

Debaran kemuncak akhir pertandingan Rentak Juara sudah semakin hampir. Setelah hampir 10 minggu konsert suku akhir diadakan setiap minggu berturut-turut, kini tibalah masanya konsert Rentak Juara sampai dipenghujung episod. Pada 17 Julai 2010 bakal mempertaruhkan seramai lapan buah kumpulan yang akan bertanding untuk ke peringkat akhir. Tahniah buat kumpulan Enava, D’Rough Mixture, Anthem, Car Crash Heart, Brownees, Alternature, Enigmatic – Six (E-6) dan Superfriends.

Minggu lepas penonton dapat menyaksikan konsert Peringkat Separuh Akhir SMS Rentak Juara yang mempertaruhkan enam buah kumpulan dari undian SMS mereka ialah Bintang, The Fingers, HB Four Six, Brownees, Car Crash Hearts dan Silver Sound. Pemilihan lagi dua (2) kumpulan untuk ke peringkat akhir menerusi konsert peringkat separuh akhir SMS pada 3 Julai di TV2 telah mengumumkan kumpulan Brownees dan Car Crash Heart untuk mara ke Peringkat Akhir Rentak Juara.

Konsert mingguan terakhir yang telah dilangsungkan bagi pemilihan dan penilaian para juri professional telah sebulat suara memilih Brownees dan Car Crash Heart untuk menyertai enam kumpulan yang lain bertanding ke peringkat akhir. Keputusan ketua juri Roslan Aziz untuk memilih 2 kumpulan ini bukan kerana simpati atau ingin memberi peluang, tetapi atas kebolehan dan kreativiti mereka dalam persembahan muzik.

Walau bagaimanapun, Roslan sempat berpesan pada semua peserta agar tidak mudah berkecil hati atas keputusan juri, namun menyeru agar semua kumpulan ini terus berusaha dan tidak akan meninggalkan dunia muzik pada masa akan datang. Apapun, Roslan tetap kagum dengan kesemua kumpulan yang terlibat atas kesungguhan dan semangat perjuangan mereka yang tidak pernah jemu untuk menyertai persembahan ini.

Oleh itu, penantian untuk mengetahui siapa yang bakal bertanding ke peringkat akhir telah pun terjawab. Sebelum kesemua kumpulan ini berentap di atas pentas akhir Rentak Juara, sekali lagi kesemua finalis ini akan membuat persembahan mereka dalam Konsert Pra Rentak Juara yang diadakan pada 10 Julai 2010 (Sabtu) jam 8.30 malam di TV2. Konsert Pra yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri bakal menyaksikan persembahan mantap dari Enava, D’Rough Mixture, Anthem, Car Crash Heart, Alternature, Enigmatic – Six (E-6),Superfriends dan Brownees.

Eksklusif buat para penyokong dan peminat 8 finalis ini, Konsert Pra Rentak Juara akan mendekati peminat setianya selain membuat persediaan dalam persembahan mereka di kemuncak akhir Rentak Juara pada 17 Julai ini. Nantikan konsert Pra Rentak Juara minggu ini pada 10 Julai 2010 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri pada jam 8.30 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jue Aziz, Azri Iskandar Drama Nur Hidayah di TV1

Lapan Suspek Penyebar Video Lucah Ariel