in , , ,

Bront Palarae Nafi Sekeras-kerasnya Gosip Bercinta Dengan Cristina Suzanne

Pelakon Bront Palarae menafi sekeras-kerasnya dakwaan terkini kononnya dia sedang hangat bercinta dengan pelakon baru Cristina Suzanne sejak beberapa bulan lalu.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata gosip itu adalah tidak benar sama sekali kerana mereka hanya berkawan biasa dan belum sampai ke tahap bercinta seperti yang diperkatakan.

“Mungkin cerita ini timbul kerana kami akan berlakon sebagai pasangan suami dan isteri dalam filem terbaru iaitu Jwanita.

Untuk mencari keserasian itu, kami kerap berkomunikasi di Twitter. Mungkin sebab itu orang tersalah anggap dan menyangka kami bercinta pula.

Gosip ini tercetus kerana persepsi orang saja. Tiada apa yang serius antara kami pada waktu ini,” 

– Bront Palarae
Bront Palarae Nafi Bercinta Dengan Cristina Suzanne

Bront berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran filem arahan Osman Ali itu di Paradiso Cafe, Publika, Solaris Dutamas di sini, petang Selasa.

Ditanya mengenai kemesraan dalam komunikasi mereka di Twitter sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat, Bront berkata apa jua komunikasi di medium itu hanya atas dasar profesional.

“Kami mahu bina keserasian bersama bagi menjayakan watak suami isteri dalam filem itu.

Mungkin cara komunikasi di Twitter itu menimbulkan keterujaan kepada orang ramai dan menganggap kami ada hubungan istimewa.

Saya sedar Cris masih baru dalam industri dan peminat suka untuk memadankan dia dengan aktor lain.

Kebetulan pula saya berlakon bersama dia, jadi kami didakwa kononnya menjalin hubungan,”

– Bront Palarae

Mengenai filem Jwanita, Bront memberitahu dia berasa bimbang untuk menjayakan watak Dr Farhan yang kemas dan rapi perwatakannya.

“Pengarahnya Osman Ali minta saya menjadi seorang doktor yang segak, tampan dan kemas tetapi bagaimana hendak saya terjemahkan watak itu?

Sebelum ini, saya sering bawa watak lelaki yang kasar, bercelaru dan selekeh. Sampai sekarang saya masih terfikir bagaimana hendak terjemahkannya,”

– Bront Palarae

Dalam filem genre suspens dan ngeri itu, Bront bakal bergandingan dengan aktres Maya Karin, Cristina Suzanne dan Marsha Milan Londoh. Ia bakal memulakan penggambaran pada 30 Jun ini di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu selama 30 hari.

Jwanita diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM1.5 juta.

Bront Palarae Nafi Bercinta Dengan Cristina Suzanne
Bront Palarae Nafi Bercinta Dengan Cristina Suzanne

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karl Shafek Nafi Guna Taktik Kotor Jadi Pengacara

Iz Sulaini Terjun Juram Gara-Gara Putus Cinta