Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









BRITANNIA HIGH LAKONAN MATT WILLIS, EASTENDERS



DRAMA BERSIRI INGGERIS : BRITANNIA HIGH, SETIAP SABTU, JAM 9.00 MALAM DI TV2

Kehidupan yang dijalani dengan momen-momen menyeronokkan sememangnya dituntut setiap insan. Apatahlagi saat-saat meniti usia remaja yang baru mahu mengecap pengalaman hidup di samping teman-teman seusia yang sama-sama berkongsi minat terhadap bidang diminati.

Justeru remaja di luar sana diajak berhibur dan berkongsi pengalaman menyaksikan Britannia High, setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 malam menerusi TV2 yang berlatar kisah di sebuah sekolah seni yang juga dikenali Britannia High mengetengahkan watak pelajar-pelajar yang berbakat dalam mencapai impian untuk berjaya dalam bidang kesenian berbentuk teater muzikal dan tarian.

Drama bersiri Inggeris disiarkan 8 episod ini melibatkan 6 orang pelajar iaitu Claudine, Lauren, Danny, Lola, Jez and BB. Watak utama dalam Britannia High dibawa oleh Sapphire Elia sebagai Claudine berasal dari keluarga ahli perniagaan berazam untuk menjadikan karier nyanyian sebagai satu cabang perniagaan. Manakala Georgina Hagen sebagai Lauren datang dari sebuah bandar kecil dan merasakan dirinya kerdil berbanding personaliti hebat disekolah mereka.  Watak Danny yang dilakonkan oleh Mitch Hewer, seorang pelajar yang mempunyai bakat yang terserlah sebagai penghibur versatile serta yang paling menonjol di Britannia High.

Sementara itu, Rana Roy memegang watak Lola, pelajar yang popular kerana bakatnya sebagai penari yang hebat dan unik. Rakannya, Matthew James Thomas memegang watak sebagai Jez, seorang pelajar yang bijak, cekap dan mempunyai tanggungjawab selain watak BB dibawakan Marcquelle Ward  yang menganggap dirinya ialah ahli kumpulan 50 Cents UK, tetapi sebenarnya dia seorang pelajar yang matang.

Dengan dorongan keinginan untuk mencatat nama sebagai seorang penghibur yang terkenal di dunia, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang terbaik dan berdisiplin disamping menimba pengalaman hidup serta belajar untuk mengatasi segala rintangan yang dihadapi. 

Sepanjang sejam siarannya, penonton berpeluang mengikuti kejatuhan dan seterusnya kebangkitan pelajar-pelajar yang mempunyai karisma, kebijaksanaan dan cita-cita yang tinggi. Malah turut diserikan kemunculan beberapa artis UK seperti Girls Aloud dan Boyzone serta penampilan istimewa Coronation Street’s Ryan Thomas, pemenang ex-Busted dan I’m A Celebrity, Matt Willis, Eastenders and pelakon wanita Hollyoaks, Gemma Bissex serta pelawak Richard Blackwood.

Ikuti siaran Britannia High, setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 malam di TV2 yang sarat dengan pengisian bermakna untuk remaja dan seisi keluarga.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Film Warner Bros 16 Blocks Lakonan Bruce Willis di TV2
  • Aksi Bruce Willis Dalam Film Die Hard
  • Charge-on-the-Go with TomTom High Speed Multi-Charger
  • Hubungan Michael Jackson Dan Pengasuh Macam Pasangan Sudah Berkahwin
  • Drama NIKITA di Mutiara Hati TV9
  • High School Musical 3: Senior Year Akan Ke Layar Perak
  • 16 Blocks, Bewitched & The Longest Yard di Cinema On 2
  • Vanessa Hudgens Nude Naked Photo Disney’s High School Musical 3?
  • LIST OF HOLLYWOOD’S BEST AND WORST MOVIE STARS 2008
  • The Expendables



    • she_ken

      OMG!!cayalah dengan cerita nih..harap harap ada sambungan….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK