in

Brad Pitt & Angeline Jolie dalam MR. & MRS SMITH

GANDINGAN BRAD PITT DAN ANGELINA JOLIE MENERUSI MR. & MRS SMITH DI TV2

Slot popular Cinema On 2 sememangnya dekat di hati penonton yang gemarkan filem-filem Inggeris hebat disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Justeru RTM tidak pernah gagal menyiarkan filem-filem hebat saban minggu sesuai dijadikan tontonan seisi keluarga. Dan sebagai meneruskan tayangan filem-filem menarik mengisi slot ini, pada 30 Jun 2010 disiarkan filem gandingan hebat pelakon barat terkenal Brad Pitt dan Angelina Jolie bertajuk Mr.& Mrs. Smith, jam 10.30 malam di TV2.

Filem popular tahun 2005 ini merungkai kisah aksi John dan Jane Smith, sepasang suami isteri dari golongan biasa yang tinggal di pinggir kota. Mereka menjalani kehidupan berkeluarga seperti orang lain. Namun seperti pasangan lainnya, antara suami isteri itu pasti tidak banyak sedikit mesti menyembunyikan rahsia peribadi yang tidak mahu dikongsi bersama pasangan masing-masing.

Di sebalik cubaan untuk merahsiakan identiti mereka, masing-masing antara Jane dan John terpaksa berdepan dengan pelbagai situasi yang mencabar. Apatahlagi mereka menjalani kehidupan seharian sebagai suami isteri dengan sentiasa bersama di bawah satu bumbung.

Hakikat sebenarnya mereka terpaksa berdepan dengan kenyataan bahawa baik Jane maupun John sebenarnya adalah pembunuh bayaran profesional. Jika Jane begitu mahir menggunakan pisau-pisau kecil, John pula terkenal dengan kehandalannya dalam menembak dan memiliki sederet koleksi senjata untuk digunakan ketika menjalankan misi.

Konflik bermula apabila identiti mereka yang sebenarnya terbongkar. Kedua-duanya begitu terkejut dan tidak menyangka rahsia besar disembunyikan itu diketahui juga akhirnya. Lebih malang sebenarnya pasangan suami isteri itu berkhidmat untuk dua majikan berbeza yang saling bersaing antara satu sama lain.

Mahu atau tidak dalam situasi genting itu John dan Jane akhirnya terjebak dalam persaingan antara majikan mereka. Malah melibatkan aksi tembak-menembak dan serang-menyerang yang berkemungkinan besar meragut nyawa antara pasangan yang begitu mengasihi antara satu sama lain itu.

Untuk melakonkan babak aksi dalam filem seperti Mr. & Mrs. Smith, Jolie jelas sudah membuktikan kemampuannya sebagai bintang aksi menerusi filem Tomb Raider di samping pesona kecantikannya yang diteruskan menerusi filem ini. Apatahlagi diletakkan bergandingan dengan suami tersayang dalam plot-plot penuh aksi yang mengujakan.

Turut membariskan bintang lain seperti Vince Vaughn, Adam Brody dan Kerry Washington, pastikan anda menyaksikan kesudahan Mr.& Mrs. Smith pada 30 Jun 2010 (Rabu), jam 10.30 malam di TV2 yang cuba merungkai antara hubungan kasih sayang suami isteri atau tuntutan kerjaya lebih penting dalam kehidupan seharian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ariel Peterpan Meninggal Dunia?

Konsert Separuh Akhir 2 Rentak Juara Tema Lagu Rakyat