in ,

Bonet Kereta Saiful Apek Diisi Dengan Mayat?

BONET KERETA SAIFUL APEK DIISI DENGAN MAYAT!

Seorang pelawak terkenal telah menjumpai mayat dalam bonet keretanya semalam. Mohd  SaifulAzam atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek berkata penemuan mayat tersebut diketahuinya semasa beliau bersama rakannya hendak memasukkan lemang di dalam bonet keretanya. Ini disahkan oleh Pengurus Besar Filem Dan Drama Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin.

Terkejut dengan berita gempar ini, tetapi ia bukanlah realiti, sebaliknya ia merupakan sedutan daripada filem terbaru lakonan Saiful Apek dan Johan Raja Lawak berjudul Raya Tak Jadi yang bakal menggegarkan panggung dengan gelak ketawa pada 15 September 2011 ini.

Menceritakan sedikit mengenai komedi terbaru terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd, filem Raya Tak Jadi yang mengisahkan tentang Shuib (Saiful Apek) dan Bob (Johan Raja Lawak) yang menjadi punca aya tak jadi apabila mereka terjumpa sekujur tubuh di dalam bonet teksi yang dipandu oleh Shuib.  Tetapi setelah mereka mengenalpasti yang mayat tersebut milik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja atau pengumum rasmi Hari Raya, mereka bertungkus lumus untuk cuba untuk mencari jalan penyelesaian.

Ulasan yang diberikan oleh Saiful Apek yang berpakaian baju raya kain langsir daripada Raya Tak Jadi ketika penggambaran ‘Fuhh! Raya’ diadakan di PNB Darby Park, filem ini dipenuhi dengan gelak ketawa dan jenaka yang amat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, terutama sekali anak-anak kecil kerana apa yang disajikan kali ini amatlah berbeza dengan filem-filem raya yang biasanya bertemakan komedi cinta dan Raya Tak jadi pasti tidak akan mengecewakan semua penonton.

Saiful Apek dan Johan Raja Lawak yang belum pernah digandingkan sebelum ini dapat menyesuaikan diri masing-masing semasa penggambaran dijalankan dan keserasian mereka terselah melalui filem ini.

Sempena bulan Syawal ini, Primeworks Studios ingin memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia bagi menyertai peraduan video ‘Wohoo! Raya!’.  Untuk butiran lanjut, sila layari laman sesawang www.facebook.com/gbgrandbrilliance atau ikuti Grand Brilliance di Twitter : @GrandBrilliance.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Huda Mahu Bercerai

Sekitar Majlis Berbuka Puasa DJ Lin Bersama Peminat