Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Bolehkah Filem Malaysia Menerjah Hollywood?



Sebagai seorang penulis skrip yang prolifik, dengan hampir 76 buah skrip yang diterbit sehingga bulan Jun 2007, Martias diminta untuk memberi pandangan adakah boleh jika produk filem dari Malaysia memasuki pasaran filem terbesar dunia, Hollywood.

“Nasihat saya, yang lebih wajar, jika kita fikirkan mengenai pasaran tempatan dahulu. Sebenarnya, kita terlalu memikirkan untuk memasuki pasaran Hollywood, tetapi tahap filem kita belum sampai ke situ lagi.”

Ditanya apakah yang perlu dalam jati diri pembuat filem di Malaysia jika mempunyai cita-cita yang besar, dia menambah “Mula-mula, apa yang penting ialah skrip perlu kuat. Kalau kita menonton wayang, tidak pernah penonton rasa kurang puas hati dengan pelakon atau sinematografi yang tidak menarik. Tapi, yang penting, jalan cerita iaitu skrip.  Kemudian, barulah kita perlu mengambil pengarah yang baik, pelakon yang baik dan sebagainya.”

“Tetapi, ada satu lagi masalah di dalam industri perfileman di sini. Penulis skrip di Malaysia tidak pernah belajar. Mereka tidak tahu banyak benda. Bila Finas anjurkan kursus penulisan skrip dan membawa speaker dari luar, mereka tidak hadir. Mereka sudah selesa dengan dunia penulisan sekarang. Sebab itu, jalan cerita di Malaysia tidak berkembang. Sebenarnya, ada dua jenis penulis skrip di Malaysia. Satu, penyampai cerita (Story Teller) dan kedua pembuat cerita (Story Maker). Yang ramai di Malaysia adalah pembuat cerita, tetapi mereka tidak berjaya menyampaikan cerita dengan bagus.”

Bagi Martias, dia pernah mendapat mewakili Malaysia ke Hollywood di dalam Ekspo Penulisan Skrip Antarabangsa di Los Angeles. Dia juga pernah mengikuti ‘pitching’ yang diadakan di depan sutradara terkenal Hollywood isitu Steven Spielberg. Tatkala ditanya tentang pengalaman itu, dia menceritakannya.

“Apa yang sukar sewaktu ‘pitching’ tersebut ialah peserta diberikan masa selama 23 saat untuk menceritakan idea mengenai sesebuah skrip, jika menarik, barulah perbincangan lebih lanjut diadakan. Selain itu, sambutan untuk bengkel tersebut cukup menakjubkan, bayangkan seramai lebih 6000 peserta sanggup beratur, termasuklah jurutera, untuk menceritakan idea mereka.”

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Akhirat Sinopsis & Lakonan Vanidah Imran
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Anna Anisimova Anak Jutawan Rusia ke Hollywood
  • Charm School Realiti TV 8TV Untuk Lelaki Sejati
  • Suara Akim dan Mila dalam Filem Jumbo Gajah Biru
  • Winner WorldStars Road To Hollywood Istana Budaya at TV2
  • Wana My Starz LG Lancar Album Pertama
  • Poster 1st International KRU Studios Movie – Sunshine Barry & The Disco Worms
  • Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Ulangtahun Ke- 8 Planet Hollywood Kuala Lumpur



  • Satu Komen untuk entri “Bolehkah Filem Malaysia Menerjah Hollywood?”

    1. Obefiend kata:

      why do we keep aiming for Hollywood

      the truth is most film from hollywood are grabage. we should aim for movies from france or iran. films with heart and message. i myself have been gorging on films form europe. they are smaller in budget but left a bigger impression on me when i watched them

      germany is another good example.

      fact is americans hate foreign language film. even jet lee movies have to be dubbed with english audio to make it marketable there. they hate subtitles too

      why try when they are already biased?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK