• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Bob Kuman Meninggal Dunia

0
  • by Budiey
  • in Artis Meninggal
  • — 3 May, 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia

Pada petang tadi, industri seni Malaysia telah dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagi insan seni bernama Bob Kuman yang telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang. Beberapa minggu lepas, berita palsu Bob Kuman telah tersebar melalui twitter dan Facebook namun pada hari ini, berita kematian ini telah disahkan benar-benar berlaku.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

Pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, di sini pada Khamis.

Jiran Allahyarham, Mazidul Akmal Sidek ketika ditemui berkata, Bob telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat.

Mazidul memberitahu, kematian Allahyarham telah disahkan oleh dua pegawai perubatan daripada Hospital Sungai Buloh yang tiba di kediamannya kira-kira pukul 4.30 petang.

“Sebelum pegawai perubatan daripada hospital tiba, anak saudara saya yang kebetulan berada di rumah Bob telah cuba memberikan bantuan pernafasan selama 20 minit namun disahkan Allahyarham telah meninggal dunia. Kehilangan Bob adalah sangat mengejutkan kerana saya baru sahaja bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu dan dia kelihatan sihat walaupun terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan. Bagaimanapun sebagai seorang Islam dan rakan rapat saya redha dengan pemergiannya,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Mazidul, pelakon itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

bob lukman

Allahyarham Bob Kuman

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.

Rakan baik Allahyarham, Emri Shamreza Che Embi berkata, jenazah akan dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok di tempat asalnya atas permintaan keluarganya.

“InsyaAllah jenazah akan diuruskan terlebih dahulu sebelum di bawa pulang ke kampung halamannya atas permintaan keluarga sebelum dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok (Jumaat),” katanya.

Terdahulu, Bob pada 21 April kesal apabila ada pihak menyebarkan fitnah terhadap dirinya dengan mengatakan dia telah meninggal dunia sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan masyarakat.

Antara rakan artis yang hadir menziarahi Allahyarham adalah Amy (Search), Aqasha, Zain (Ruffedge), Harun Salim Bachik dan kenalan rapat pelakon itu. via Mstar Online.

bob kuman meninggal

Video lawatan Ustaz Abdul Hadi Awang beberapa minggu

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: AIMaimanBernamabobBob Kuman Meninggal DuniaBudieyHarun Salim Bachikhotmeninggal duniamstar onlineseks

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Malam Gala KL Men’s Fashion Runaway 2012
  • Next story SURIA FM Catat 2.9 Juta Pendengar

ENTRI BERKAITAN

  • Bob Kuman Selamat Dikebumikan 4 May, 2012
  • Pelakon Bollywood Dev Anand Meninggal Dunia 5 Dec, 2011
  • Berita Kematian Osman Kering Adalah Palsu 12 Jun, 2012
  • Penyanyi Latif Ibrahim Meninggal Dunia? 19 Feb, 2012

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Nurhaliza on:Dayana, Azzam, Arill dalam Drama Misteri Rumah Tua
    • MeYmEy on:Nadia Mustafa, Leez Rosly, Nisha Dirr Dalam Cubit Cubit Sayang
    • nora on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Sara on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.