in ,

Bob Firdaus Nowseeheart Meninggal Dunia

Salam semua, kepada Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Berita yang Budiey baru terima, Bob Nowseeheart atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin, salah seorang bekas ahli kumpulan nasyid terkenal, Nowseeheart telah meninggal dunia pada jam 12:04 tengah malam tadi (20 Mac 2014) di Hospital Selayang kerana sakit lemah jantung.

Firdaus NSH atau mesra dipanggil Bob dikhabarkan berada dalam koma pada petang tadi. Dikhabarkan juga jantungnya sangat lemah dan terlalu banyak air dalam badan.

bob-nowseeheart

Pada awal tahun 2013, Firdaus telah berundur diri daripada Nowseeheart atas alasan komitmen kerja di samping masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Pengunduran Firdaus daripada kumpulan Nowseeheart agak mengejutkan kerana kumpulan yang dahulunya dianggotai oleh enam orang sahabat, kini hanya tinggal empat orang ahli sahaja yang masih terus aktif memperjuangkan dakwah melalui irama nasyid setelah Mujahid Abdul Wahab juga melakukan perkara yang sama beberapa tahun terdahulu.

Berita ini disampaikan oleh Mujahid, bekas ahli kumpulan Nowseeheart di Facebook milik beliau.

Innalillah..bob…semoga damai disisiNya… I missed him… – Mujahid

Kumpulan nasyid Saujana juga turut mengemaskini Facebook mereka dengan doa dan sedekahkan Al-Fatihah:

Innalillahi wa innailaihi raji’un… Allah lebih menyayangi sahabat kita Firdaus Baharuddin (Bob Nowseeheart) dan memanggil beliau pulang ke pangkuanNya jam 12.04 tgh malam. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.  Al-Fatihah. – Saujana

Moga ahli keluarga dan rakan seperjuangan Nowseeheart tabah di dalam menempuh ujian ini.

Budiey ingin ucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah.

Nowseeheart

Bob Firdaus Nowseeheart Meninggal Dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Estranged Bakal Jelajah Tokyo, Osaka & Nagoya

U Mobile Introduces U CARE Plus 8