Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Bob AF, Siti Sarah, Asmidar dan Raja Farah di TV2



BINTANG-BINTANG WORLD CHAMPIONSHIP BERAYA DI HOLLYWOOD.

World Championship of Performing Arts 2009 yang telah berlangsung di Los Angeles pada 11 Julai 2009 yang lalu, telah menjadi kebanggaan negara apabila artis-artis pelapis dari Malaysia telah membawa pulang 29 pingat emas, 16 pingat perak dan 4 pingat gangsa untuk negara dalam pelbagai kategori yang diwakili. TV1 melalui penerbitnya Azman Hashim telah menyediakan rancangan khas hari raya sempena rombongan peserta berada di rantauan itu. 

Dalam pada peserta-peserta berentap untuk memenangi hati juri, bintang-bintang kelahiran negara yang mewakili Malaysia di pertandingan ini sempat juga merakamkan nikmat dan kemeriahan berhari raya di perantauan bersama-sama dengan rakyat Malaysia di Los Angeles. Ini yang dapat disaksikan melalui rancangan World Stars Beraya di Hollywood pada 21 September 2009 bermula jam 5.00 petang melalui saluran TV2.

Suasana raya memang sangat terasa apabila sambutan yang sungguh meriah telah diadakan di kediaman Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dengan pelbagai hidangan raya seperti ketupat, lemang, rendang dan bermacam-macam lagi biskut raya dan kuih muih yang dihidangkan. Beberapa persembahan lagu-lagu raya turut disampaikan oleh para peserta rombongan sebagai halwa telinga untuk menyuntik rasa hari raya kepada perantau-perantau di sana.

Pelbagai gelagat dan karenah yang melucukan dan pasti menghiburkan apabila melihat sekumpulan peserta ini berhari raya di perantauan serta jauh dari keluarga dan sanak saudara.

Dalam pertandingan berprestij itu, antara artis-artis yang mewakili Malaysia dalam kategori vokal ialah Yusrizan Yusop (Bob AF), Siti Sarah, Asmidar dan Raja Farah, kategori tari pula diwakili oleh  Kumpulan Artistana dari Istana Budaya, manakala dalam kategori peragaan Ramsher, Vincent. Dilla dan Siti Nurizana mewakili negara. Putri Mardiana adalah satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia dalam kategori lakonan namun tidak menghampakan negara dengan membawa pulang pingat emas dan perak. Selain itu, Jerry Kamit, Johari, Wilbert, Mohd Fadzli dan Osaini  pula adalah peserta yang mewakili kategori etnik.

Jangan lupa untuk sama-sama merasai kemeriahan dan keseronokan berhari raya di perantauan dengan menyaksikan rancangan menarik khas hari raya ini hanya di saluran Dunia Ria.

Tags: , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Raja Farah Mahu Berhenti Jadi Pelakon
  • Gossip Duit Show Siti Sarah Kena Kebas Tunang
  • Gambar Raja Farah @ Anugerah Juara Lagu 23
  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Shuib Sepah Mengaku Bertunang Dengan Siti Sarah
  • Gambar Siti Sarah & Shuib Sepah Nikah
  • Pelakon Hairie Othman Bercerai & Gambar Seksi Raja Farah
  • Siti Sarah Guna Mandrem Untuk Menang Dalam OIAM?
  • Gambar Hantaran & Dekorasi Akad Nikah Siti Sarah & Shuib



    • http://FRIENDSTER/facebook RAY”06

      amierarsrR1340@yahoo.com……….CAYA LAH HOUSEmate AKU TOM RAJA FARAH THE BEST%%%%%%%%%

    • http://FRIENDSTER/facebook RAYMIEROCKER”06

      my housemate RAJA FARAH TOM…TOM RAJA FARAH THE BEST%



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK