Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Blogging Workspace of Budiey’s Sensasi Selebriti Blogger



Hari tu, saya ada juga terbaca satu entri di problogger.net di mana Darren menulis satu entri beserta satu video tour yang menayangkan workspace tempat beliau bekerja sebagai penulis blog full timer. Begitu kemas, mewah, elegan dan simple. Sungguh memberi inspirasi pada saya. Manakala, Liew CF pula ada menulis satu entri blogging workspace sempena ulang tahun ke-2 beliau bekerja sebagai penulis blog sepenuh masa. Budiey.com tidak sampai ke tahap itu lagi… masih menunggu masa untuk menyambut ulangtahun pertama. Semacam tidak sabar untuk menulis entri tentang workspace di mana tempat saya menghabiskan usia saya dengan menulis blog. Dan hari ini saya telah pun menyiapkannya! Huhuhu!

Sebenarnya, cuma tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk Sensasi Selebriti menyambut anniversary tahun pertama. Begitu cepat masa berlalu. Terasa baru semalam, saya menulis entri pertama pada 8 Januari 2007. Rasa tidak sabar untuk mengadakan event dan party sempena anniversary pertama ini bersama pembaca semua. Itu pun, sekiranya tiada aral melintang. Buat masa sekarang, Budiey sedang mencari sponsor untuk mengadakan party anniversary tersebut. Sekiranya sesiapa sudi menaja dari segi logistik, souvenir atau sumbangan berbentuk wang tunai, sila hubungi Budiey secepat mungkin. Terima kasih.

Bercakap pasal konsep workspace, saya tidak suka menulis blog di dalam bilik kerana nampak terlalu skema. Dahla gaya penulisan saya ni skema dan serius nak mampos, kan? Kalau menulis pulak di tempat seperti gaya pejabat, lagilah saya akan jadi mat skema.

Atau mungkin juga Budiey tidak suka dengan memilih bilik tidur yang sempit untuk dijadikan tempat menulis blog. Lagi sempit minda saya yang telah sedia sempit ini. Saya lebih selesa menulis di ruang tamu di mana saya boleh melakukan beberapa kerja dalam satu masa. Sambil boleh menulis blog dan saya juga boleh menonton TV atau mendengar muzik dalam satu masa. Juga boleh membaca majalah dan suratkhabar untuk mencari bahan. Atau sekiranya badan terasa letih, boleh baring-baring dulu di sofa yang empuk untuk mencari idea.

Tidak sebagaimana blogger lain yang memilih meja besar yang mempunyai 4 kaki, saya pula lebih gemar dengan meja laptop kecil yang mempunyai satu kaki yang dibeli di Ikea. Ringkas, simple dan saya sangat-sangat suka dengan bentuknya.

If you wonder how my workplace looks like, here a picture of it.

Berikut adalah senarai beberapa gadget yang saya perlukan ketika bekerja menulis blog;

  1. Hp Pavillion Entertainment Notebook Special Edition.
  2. External Hard Disk Samsung yang menjadi storan gambar selebriti.
  3. Mouse atau tetikus tanpa mousepad.
  4. Nokia 5300 XpressMusic
  5. D-Link Wireless DSL Router diletakkan di bawah sofa.
  6. Thumdrive 1 GB. Saje buat perhiasan sebab jarang guna.
  7. Meja satu kaki khusus untuk laptop dari Ikea.
  8. Sofa berwarna maroon berbentuk L.
  9. Television LG untuk menonton program Astro. Huhu!

Yang mungkin dan takkan saya ada ialah whiteboard untuk mencatit reminder untuk tugasan atau entri seterusnya atau yang tertunda. Kedua, coffee cup atau gelas atau botol air kerana saya lebih suka minum di dapur. Pernah sekali air kopi yang saya bancuh tertumpah ke atas sofa akibat kelalaian. Jadi, memandangkan meja yang tersangat kecil, saya rasa tidak sesuai untuk minum sambil menulis. Ketiga, saya juga tidak menggunakan dan memiliki sebarang pencetak. Mungkin pada tahun hadapan saya akan mendapatkan satu printer sebagai kemudahan sampingan. Kalau ada pun, memang saya jarang guna.

Bagaimana pula dengan workspace anda? Kongsikan dengan Budiey dan pembaca Sensasi Selebriti dengan mengirimkan gambar dan saya akan meletakkan link blog dan website anda di sini!

[tags]workspace blogger, penulis blog pejabat, gadget blogger, seo management scheme, desk, office, management, HP Pavilion dv6500 Special Edition Entertainment Notebook, External Hard Disk Samsung, problogger.net, blog liew cf, review nokia xpressmusic 5300, coffe cup crative, sofa designer, sony vios, kereta vios baru[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Youth 08: Traffic Jam Blogger Party Anjuran Nuffnang
  • Keputusan Kajian Pembaca Sensasi Selebriti
  • Sensasi Selebriti Punya Kad Bisnes!
  • Peraduan Jom Menonton Filem THE SOCIAL NETWORK – Sensasi Selebriti
  • Kerja Kosong di Sensasi Selebriti: Assistant Budiey, Fotografer dan Pemandu
  • Apabila Blogger Menjadi Chef…
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Star Trek
  • Sertai Readers ToGether-Gather ke-2 Sensasi Selebriti
  • Majalah Sensasi Bertukar Selebriti, Saniboey Bersara dari Manja?
  • Budiey di Ruangan Zass Profile SINAR HARIAN Hari Ini



    • http://www.syamsulariff.com vangardx

      huhu..nice rumah..org casa impian yg buatkan ke? :p

    • http://www.budiey.com Budiey

      orang casa impian tak sudi revamp rumah kita… huhuhu

    • Pingback: Terima kasih daun keladi at Syamsulariff.com

    • http://faiznordin.blogdrive.com pakcik MMA

      lawa & bersih umah budiey. Pandai budiey jaga. hehehe

    • Rinie

      wah cantiknya rumah Budiey… macam nak ubahsuai rumah saya pulak .hehehe

    • http://headsteadi.com headsteadi

      nice home, bro! nanti bila rumah baru i dah masuk streamyx, i akan post-kan i punya workspace pula …

    • Watie

      Cun la!! ada class… Budiey

    • http://www.rjuna.net Rjuna

      hoho workplace saya bersepah-sepah, malu nak tunjuk

    • http://xsyd.wordpress.com syd

      fuiyooo canteknye rumah Budiey….^_^

    • http://sismimi.blogspot.com sismimi

      nice la..sy pon segan nk share my workplace..wlu ttp kemas tp tak sehebat Budiey nye workplace..huhu..

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Wahh .. lawa la umah Budiey! Nti leh la wat gathering kt umah Budiey la ek? Hik!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK