in ,

Black Teruja Album Kedua Bakal Dilancarkan November Ini

Penyanyi Black teruja dan rasa sangat lega apabila album kedua akhirnya akan menemui peminat pada bulan di penghujung November tahun ini.

Ramai peminat di laman sosial melahirkan rasa gembira dan tak sabar untuk mendengar lagu-lagu terbaru daripada Black. Khabarnya, lagu terbaharu Black ada pembaharuan dari segi komposisi dan konsep. Nak tahu kenalah beli.

Terbaru, Budiey nak ucapkan tahniah kepada Black yang berjaya masuk ke Separuh Akhir Muzik Muzik 30 melalui lagu MANA MUNGKIN. Black tak sangka yang lagu ini dapat diterima oleh juri untuk layak bertanding. Sekarang ini, Black berlatih dan juga mahu menyampaikan lagu ini dengan baik.

Sama-sama kita tunggu persembahan Black di Separuh Akhir Muzik Muzik 30 nanti ya.

Black Hanifah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faber-Castell Tawar Lebih Banyak Pilihan Wonder Box

Fakta Kamera LEICA SL Yang Anda Perlu Tahu