in

Black & Bunkface Bakal Perform di Konsert Pi Mai FM Shopping Utara

Pada 19 April ini akan berlangsung Konsert Pi Mai FM Shopping Utara bersempena Ulang tahun Pertama Pi Mai FM ke udara. Konsert ini akan berlangsung di Tapak Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong.

Antara barisan artis yang akan turut memeriahkan konsert adalah Dato’ M. Daud Kilau, Bunkface, Zamani, Black, IamNeeta, Alif Satar, Sweet Child, DATA dan ramai lagi. Selain konsert, terdapat juga aktiviti lain seperti cabutan bertuah dan booth jualan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/pimaifm

Konsert Pi Mai FM Shopping Utara

Pawagam di PI MAI
Dengan hanya menjadi pemanggil ke-5 selepas isyarat memanggil dikeudarakan, pendengar Pi Mai FM berpeluang untuk memenangi pas percuma filem “The Quiet Ones” edaran GSC Movies melalui segmen “Pawagam di Pi Mai” bermula 14 April sehingga 18 April. Filem ini telah diarahkan sepenuhnya oleh pengarah John Pogue yang akan memulakan tayangannya di Malaysia pada 24 April 2014. Dengan mengetengahkan bintang-bintang besar yang dikenali ramai seperti adalah Jared Harris, Sam Claflin, Olivia Cooke, Erin Richards dan ramai lagi.

Online Contest
Bermula 14 April sehingga 18 April, pendengar Pi Mai FM berpeluang untuk memenangi pas VIP ke Konsert Pi Mai FM Shopping Utara bersempena Ulang tahun Pertama Pi Mai FM yang akan berlangsung di Tapak Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong pada 19 April. Aktiviti ini dibawakan khas oleh Tourism Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/pimaifm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Lisa Surihani Bakal Jadi Hos HBO Sentral?

Program Jelajah Rio To Malaysia di Melaka Dapat Sambutan