in

Biodata & Perjalanan Seni Snapshot

Pelajar di dua buah instituisi berbeza ini baru berusia 21 tahun, mempunyai hobi sama menyanyi, bermain gitar bagi mengisi setiap waktu lapang. Memetik gitar adalah saat mereka merehatkan minda setelah penat berkerah menimba ilmu di kolej masing2. Masa inilah mereka berdua sering bersama menghibur diri menyanyi sambil cuba cuba mencipta lagu. Memandangkan mereka berdua tinggal berdekatan, lebih memudahkan bagi dua anak muda ini bersama berkongsi idea mencipta lagu lagu.

Tanpa disedari juga, hasil lagu ciptaan mereka itu mula menarik minat teman2 dekat yang mendengarnya. Semangat mula menular dan bermula dengan hanya sebagai hobi biasa, kini bertukar segalanya kepada lebih serius setelah mendapat respon baik dari beberapa lagu yang mereka ciptakan dan menyanyikannya di depan keluarga dan kawan2 terdekat. Kesan dari situlah semangat mula datang dan inspirasi dari orang keliling menjadikan mereka lebih serius.

Perjalanan seni Snapshot

[dropcap]I[/dropcap]mran, berlatar belakangkan keluarga yang bukan dari darah seni, tetapi minatnya dipupuk sejak berusia 8 tahun dan seterusnya apabila keluarganya sering berkaraoke beramai ramai berkumpul di kediaman keluarganya, budaya karaoke dirumah adalah saat kami beriadah dan mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan cara kami. Mungkin dari situlah nyanyian telah sebati dengan jiwa saya sehinggakan saya membesar ianya saya jadikan sebagai rutin hobi.

Pernah mencuba di ujibakat AF 10, tiada rezeki buat Imran kerana masih tiada keyakinan serta mempunyai sifat yang sangat pemalu mungkin banyak membataskan dirinya waktu itu. Segalanya nampak sedikit berubah setelah menjuarai Talent Show anjuran sekolahnya pada usia beliau 16 tahun. Imran anggapkan itu semua adalah lakaran pengalaman manis dirinya sebelum bergelar artis rakaman.

Haizi, mungkin kelebihan pada darah seni yang mengalir di dalam tubuhnya kini adalah tumpahan bakat dari ibunya sendiri yang merupakan seorang penyanyi terkenal di era 70an dari Singapura. Sememangnya ibu Haizi memberi sokongan padu pada karier anaknya yang kini meneruskan bakat tradisi beliau yang kini mengalir dalam dirinya. Meminati bolasepak sejak kecil dan merupakan peminat kelab nombor satu Manchester United. Diusia 9 tahun, Haizi mula memetik gitar yang dihadiahkan salah seorang saudaranya. Memahami minat mendalam anaknya, Haizi didaftarkan ibunya memasuki kelas gitar classical pada usianya 12 tahun.

Pada usia 16, Haizi mula berhenti bermain gitar pada gred 6 dan teori kerana harus menumpukan SPM pada tahun seterusnya. Selesai SPM, saya masih tidak dapat meneruskan grading saya disebabkan kesibukan pelajaran di kolej, tetapi saya masih terus bermain gitar secara sendiri dengan inspirasi daripada guitarist idola saya seperti John Mayer, Benjamin Woods, Ray Lamontagne, Oren Lavie dan kumpulan2 band seperti Beattles, Lamb Of God dan juga Temple Pilot.

Menurut Haizi lagi, aorang yang memberi dorongan yang terbesar dalam dunia muzik saya ialah mak saya kerana sentiasa memberi peluang kepada saya untuk membuat apa yang saya suka didalam dunia muzik dan juga pelajaran saya. Tambahan pula, saya mempunyai banyak keutamaan di dalam pelajaran dan muzik yang memerlukan pembahagian masa yang baik. Selain itu, saya percaya saya dapat melakukan kedua-dua nya dengan sebaik-baiknya kerana saya mempunyai moto dan visi untuk membakar semangat dalam diri saya iaitu “You Are The Creator Of Your Own Destiny”. Begitulah cerita Haizi yang suka pada kucing dan menangkap belalang dan kupu kupu waktu kecilnya. Menggemari masakan ibunya serta japanesse food dan nasi kerabu. Menurutnya lagi, warna biru yang digemarinya dianggap boleh memberi ketenangan bila dalam keadaan stress dan merah pula sentiasa memberinya rasa perihatin dan semangat.

Sebagai anak yang masih menduduki institiusi pelajaran, ibupaba tetap memberi ruang hobi yang mereka minati supaya mereka tidak tersasar memilih jalan salah dengan gejala aktiviti tidak sihat. Keluarga sentiasa menerapkan keutamaan kepada pelajaran terlebih dahulu, Bidang musik yang baru diceburi hanya dijalankan pada waktu2 yang benar2 terluang atau cuti semester.

Berlainan kolej tidak menghalang mereka untuk sering bersama. Imran atau nama sebenar Muhamad Imran Aidi Bin Mazlan 21 tahun, Merupakan anak bungsu dalam tiga adik beradik. Imran belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mengambil jurusan bidang perakaunan . Manakala Haizi atau nama sebenar Rohaizi Izlah Bin Rohailan 21, merupakan pelajar di Taylors University College, Degree in International Business and Marketing.

Setelah merasakan yakin bakat yang ada, lantas mencetuskan satu idea bergabung berdua diatas satu nama yang lebih komersial sebagai percubaan melangkah kedepan meneruskan minat serta ingin menguji sejauh mana bakat yang mereka miliki ini diterima atau sebaliknya.

Dari situlah tertubuhnya nama SNAPSHOT yang dilakar pada tahun 2011. Sebuah nama menggambarkan sesuatu yang ringkas dan simple tentang diri mereka. Nama Snapshot juga dirasakan berkait dekat dengan imej, lagu lagu, identity serta gaya mereka yang lebih urban tetapi ringkas. Pilihan nama Snapshot dimuktamadkan setelah berbincang dengan Haizi di telefon. Pelbagai cadangan saya berikan, Scarlet Ace, Breaker, namun semua nama tersebut tidak diingin Haizi, malah nama Snapshot pun dia tidak inginkan tetapi akhirnya kami setuju dan sependapat menggunakan nama Snapshot yang lebih cocok buat kami berdua.

Snapshot lebih selesa berdua daripada muncul dalam sebuah kumpulan 5 atau 6 orang. kami berdua seusia, lagi pun selera serta gaya musik kami hampir sama. Keserasian antara kami telah lama terwujud dan antara kami juga sudah mengenali hati budi masing2. Kami juga sebuah duo yang berlainan negara kerana Haizi berasal dari Singapura dari sebelah ibunya dan dibesarkan di Malaysia, manakala Imran pula merupakan anak jati Kuala Lumpur. Cukuplah Snapshot hanya berdua, Konsep duo yang ditampilkan tetap berbeza.

Imran selaku vocalis menjelaskan, diawal penubuhan Snapshot, kami mengambil langkah pertama dengan memuat naik lagu2 ciptaan kami di youtube. Kami ingin berkongsi muzik dengan khalayak ramai, dan menghibur sesiapa sahaja yang sudi dihibur oleh kami berdua. Dari situ juga kami inginkan maklum balas tentang muzik kami dan bersedia menerima sebarang kekurangan untuk kami perbaiki.

Mengakui lebih selesa bermain music akustic setiap kali mengadakan persembahan. Memandangkan kemahiran saya dalam bermain gitar tidak begitu baik, jadi Haizi mengambil posisi sebagai guitaris serta vocal.

Genre muzik Snapshot lebih kearah alternative pop dan campuran jazz dan rock. Ini disebabkan minat saya pada lagu lagu Jason Mraz, Yuna dan Lifehouse yang mempunyai konsep yang berlainan.

Snapshot

Biodata SNAPSHOT

Rohaizi Izlah Bin Rohailan
Nama Panggilan : Haizi
Posisi : Guitarist, Vokalis
Asal : Singapura
Agama : Islam
Tarikh Lahir : 9.5.1992
Adik Beradik : Bongsu dari 3 orang adik beradik
Pendidikan : Degree in International Business Marketing
Universiti : Taylor University College
Status : Single
Fav Movie : Scarface, Blood In Blood Out
Fav Guitarist : John Mayer, Benjamin Woods
Fav Band : Beatles, Lamb of God
Hobi : Bermain Bola ( Peminat Manchester United )
Laman Sosial : Facebook – https://www.facebook.com/rohaizi.izlah
Twitter – https://twitter.com/RohaiziIzlah
Instagram – http://instagram.com/rohaiziizlah

Muhamad Imran Aidi Bin Mazlan
Nama Panggilan : Imran
Posisi : Vokalis
Asal : Petaling Jaya, Selangor
Agama : Islam
Tarikh Lahir : 5/4/1992
Adik Beradik : Bongsu daripada 3 orang
Pendidikan : Degree in Account
Universiti : Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Status : Single
Fav Movie : Batman The Dark Knight,
Tropic Thunder, Rec series.
Fav Artist : Jason Mraz, Yuna, Lifehouse
Fav Band : Lifehouse, Shinedown,
Evanescence, Peterpan
Hobi : Bermain video game, Bermain badminton.
Laman Sosial : Instagram : imranaidi
Facebook : IMran Mazlan
Twitter : Imranaid

Snapshot

Snapshot

Snapshot

Snapshot

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2013

Lagu Penyanyi Popular Dalam Filem Balada Pencinta