in

Biodata Lynnzay Affandy

Biodata Lynnzay Affandy

Lynnzay A. adalah seorang penyanyi pop terbaru yang juga merupakan seorang wartawan politik.Dia memulakan kareer seni sebagai penari dan kemudian menjadi pengacara untuk ‘gig underground’ tempatan sebelum menyertai band indie pop,’Apple Juice’ selama empat tahun.

Lynnzay mungkin lebih dikenali sebagai ahli pengasas kumpulan duo Senoritas, terbentuk dengan sahabatnya Zyra pada tahun 2008. Senoritas telah ditandatangani oleh R Talents (syarikat pengurusan penyanyi R&B tempatan, Reshmonu) dan memperolehi pengalaman untuk membuat persembahan yang berprofil tinggi, terlibat dalam siaran TV dan juga memenangi anugerah-anugerah khas untuk artis ‘indie’.

Lynnzay Affandy

Berbekalkan pengalaman ini, Lynnzay akhirnya memutuskan untuk bergerak solo dan menjadi seorang penyanyi pop yang ingin membawakan imej dan gaya tersendiri dengan penuh yakin dan bersedia untuk mewarnai industri seni tempatan dan antarabangsa sebagai artis solo.

Sebagai seorang penulis lagu yang dipengaruhi oleh unsur-unsur ‘edgy’ dan ‘dance’ daripada penyanyi antarabangsa seperti Britney Spears dan Ciara, lagunya menceritakan kehidupan dan keadaan manusia dalam realiti dunia supaya pendengar dapat mengaitkan diri mereka dengan setiap alunan lagu Lynnzay.

Lynnzay juga berkebolehan untuk menari dengan baik selain menyanyi.Seiringan dengan muzik ‘dance’ yang di bawakan oleh penyanyi terkenal seperti Stacy dan MizzNina, Lynnzay percaya dia boleh membawakan imej dan gaya tersendiri dan pantas menyertai perjuangan kedua-dua penyanyi lincah tersebut di dalam industri muzik.

Berbekalkan lagu-lagu terbaru dan kerjasama daripada DJ Fuzz, Noctune and Outcome, Tactmatic, The Shakes dan 2LL, Lynnzay akan meriliskan single Melayu pertamanya yang berjudul ‘JEJAKA IDAMAN 2.0’ dan bakal menerbitkan video muzik khas untuk mereka mempercayai dan menghargai bakatnya untuk terus berjuang untuk industri.

Info Tentang Lynnzay
Nama artis : Lynnzay Affandy
Genre : Pop / R&B

Material :
JEJAKA IDAMAN 2.0 (featuring Juzzthin) Composer : Fauzi Marzuki /Amylea Azizan Producer / Music arranger : DJ Fuzz

Lynnzay Affandy

Demo :
1 ) Angel Dust
2) Destinasi
3) Do It Right
4) Mr. Parasite
5) Ku Hanya Untuk Mu
6) Selalu Ada
7) Sedar
8) New Chapter

Rancangan seterusnya :
Selepas ‘JEJAKA IDAMAN 2.0’ di riliskan bersama video muzik, Lynnzay akan menghasilkan lagu seterusnya. ‘Angel Dust’ di pilih oleh Lynnzay untuk di jadikan single berbahasa Inggeris yang pertama yang juga akan berkolaborasi bersama rapper hip hop underground yang di gelar Tactmatic. Selain itu, Lynnzay juga akan meriliskan satu lagu berentak balada samada ‘Ku Hanya UntukMu’ atau ‘Selalu Ada’.Anda boleh layari laman ini untuk mendengar demo-demo hasil ciptaan Lynnzay – http://www.soundcloud.com/lynnzaymusic


Pencapaian
Penulis dan pencipta lagu untuk kedua-dua Apple Juice dan Senoritas.

Pencapaian terbaik Apple Juice –

1. Zouk,KL (Opening Act for Mocca Tour,famous band from Indonesia.One stage with Estrella, Couple, and more.)
2. Istana Budaya (Laman Santai)
3. Selamat Pagi Malaysia (RTM1)
4. Nasik Lemak Kopi O (TV9)
5. Muzik Aktif with a music video for song, ‘Gitar Kapok’ (Astro Channel 180)
6. Various Indie Gigs

Pencapaian terbaik Senoritas –
1. Won ‘Best Pop Group’ category for VIMA (Voize Independent Music Award 2010) dan ‘Best Pop/R&B Act’ for AVIMA (Asia Voice Independent Music Award 2010)
2. Opening act for ‘Evening with Rossa’.Rossa is Indonesian famous singer diva. We performed with legendary ‘dangdut’ artist, Dewi Persik.
3. Main act for New Year Eve’s Show 2011 at SACC (Shah Alam City Centre).
4. Opening act for New Year Eve’s Show 2011 for ‘Martial Art Exhibition 2011’.
5. Highlight performance for The Curve/Ikea Street Party for New Year’s Eve 2012.
6. Performance at Times Square Mall for Traxx FM Indie Concert.
7. Performance and appearance on RTM,TV3,TV9 and Astro Channel 180.

Laman Rasmi
Facebook : http://www.facebook.com/LynnzayAffandy
Twitter : http://www.twitter.com/LynnzayAffandy
OneSheet : http://www.onesheet.com/LynnzayAffandy
YouTube: http://www.youtube.com/LynnzayTV


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Jejaka Idaman 2.0 Lynnzay Affandy

Aaron Aziz Lega Permohonan MyPR Diluluskan