in

Biodata Fauziah Gambus

Biodata Fauziah Gambus

Nama penuh: Fauziah Binti Suhili
Tarikh lahir: 06 november 1988
Usia: 24 tahun
Tempat lahir: Sabah, kini menatap di Kuala Lumpur
Pendidikan: Diploma Muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Keluarga: Anak kedua daripada lima beradik
Kerjaya: Penyanyi, pemuzik, Pelakon teater
Album: Fauziah Gambus
Teater/Bangsawan: Puteri Gambus

Fauziah Suaili atau lebih dikenali sebagai Fauziah Gambus(FG) ialah seorang pemuzik dan penyanyi. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain alat muzik tradisionl iaitu Gambus.

Kebiasaannya puteri gambus ini sering mendendangkan atau mempersembahkan lagu-lagu tradisional dengan petikan gambus.

Tapi kali ini beliau telah menghasilkan single dengan sebuah lagu yang berentak Rock Moden dimana dalam lagu ini alat gambus tetap dimainkan. Lagu ini bertajuk ‘’Gilakan Kamu’’ lirik dan komposer lagu ini dihasilkan sendiri oleh Fauziah.

Tujuan beliau membuat lagu ini adalah untuk menyatakan bahawa alat muzik gambus bukan sahaja untuk lagu-lagu tradisional, tetapi sebaliknya gambus juga boleh dimainkan dengan lagu-lagu moden.

Sangat jarang sekali kita melihat seorang gadis muda bermain gambus sambil menyanyi, ini kerana alat muzik gambus selalunya hanya dimainkan oleh lelaki.

*lagu ini dihasilkan secara persendirian oleh FG tanpa tandatangan dari pihak lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama WARIS di TV3

Bapa Radhi OAG Meninggal Dunia