Biodata Farawahida Razali
Nama: Farawahida Razali
Nama Panggilan: Fara
Adik-Beradik: Anak keempat daripada enam beradik
Tempat Lahir: Taiping, Perak
Tarikh Lahir: 19 Mac 1985
Usia: 20 tahun
Bangsa: Melayu
Keturunan: Melayu dan Pakistan
Zodiak: Pisces
Tinggi: 162 sentimeter
Berat: 49 kilogram
Hobi: Meminati sukan lasak
Penyertaan Farawahida dalam pertandingan:
1. Finalis Wirawan Seni Remaja Eon 1995
2. Finalis Pepsi Young Discovery Chalange 1996
3. Finalis Sinaran TV3 2000
4. Finalis Bintang RTM 2001
5. Finalis Bintang URTV 2002
6. Finalis Suara Jati Malasysia 2003
Album Farawahida:
Tanpamu – Farawahida (2004)
Semuanya Ada Di Sini (2006)
Syarikat pengurusan: Millenium Art Sdn Bhd
Kejayaan:
1. Anugerah Penyanyi Wanita Baru Paling Popular ABP Berita Harian ke 20
2. Duta AirAsia di Indonesia
Penjualan album Farawahida pada bulan pertama amat memberangsangkan, cetakan pertama sebanyak 3,000 unit habis dijual pada bulan pertama. Pernah gempar dengan kisah sensasi yang ‘menimpa’ dirinya apabila dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan komposer Julfekar. Malah lebih daripada hubungan itu, mereka dikatakan telah mendirikan rumah tangga. Secara jujur gosip yang melanda itu sememangnya menaikkan nama beliau namun begitu gadis ini secara terus terang mengakui dia tidak menggemari populariti seperti itu.
Ikuti ulasan TrekSuzan Berita Harian:
Ulasan Album Semuanya ada di sini dari Farawahida
ARTIS: Farawahida
JUDUL: Semuanya Ada Di Sini
GENRE: PopUNTUNGNYA Farawahida dapat bergandingan dengan penyanyi sehebat Endang S Taurina. Range vokal yang sepadan antara mereka berjaya membuatkan lagu Di Sini Ada Cinta cukup menyenangkan bagi saya menikmatinya. Namun kalau Fara menyanyi solo pun, dia boleh pukul ranap.
Lagu Semuanya Ada Di Sini disampaikan dengan cukup baik. Ia bukan saja jelas, malah jarang saya mendengar Fara begitu santai membawakan lagu pop yang seolah-olah dia bercakap dan bukan menyanyi. Fara kedengaran sebati dengan lagu itu. Begitu juga Persoalan Cinta yang ada pengaruh ketimuran apabila diselitkan alat muzik tradisi, er hu, yang dimainkan He Yun.
Buah Hati sebuah irama balada yang seolah kacang putih bagi Fara. Demikian juga Adakah Masih Ada yang menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri Datin Diaries. Masih Saja Bahagia pula bercorak moderate pop yang sederhana.
Produser album ini, Julfekar memang berani membuat uji kaji bukan saja dengan keupayaan nyanyian Fara tetapi juga pasaran semasa. Mahukan hiburan yang hip hop dan rap, dengarkan Baby Honey… yang menampilkan Shazzy. Begitu juga Rakus ciptaan Julfekar dan Slen. Pasti penggiat alam sekitar semestinya sukakan lagu ini yang temanya yang cukup kuat memperjuangkan kemusnahan alam sekitar yang berlaku di serata dunia. Terbukti Farawahida lebih versatile dalam album ini.
Sebagai pelengkap, ditampilkan pula Lagu Penglipurlara yang berentak Irama Malaysia atau Etnik Kreatif. Sekurang-kurangnya adalah juga wakil untuk kategori ini dalam Anugerah Juara Lagu TV3 kelak. Pendek kata memang semuanya ada di sini untuk peminat Fara.
[tags]Farawahida, Album Farawahida, Profile, Biodata Artis, Berita Harian[/tags]
Tags: Album, Farawahida, Ulasan, Album Farawahida, Berita Harian, Biodata Artis, ProfileClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



