Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Bintang RTM Suku Akhir 3



BINTANG RTM : SUKU AKHIR 3 (19 APRIL 2009)

Program Bintang RTM yang mencungkil bakat-bakat penyanyi tersohor tanah air menerusi juara-juara lalu iaitu Sudirman Hj Arshad (1976), Rosemaria (1977), M.Rizal (1978), Jamal Abdillah (1979), Rohana Jalil (1980), Juliza Adlizan (1983), Ramlah Ram (1985), Noraliza Yusof (1986), Nurazmadi (1999), Azharina Azhar (2001), Rina Azahar (2004), Felicia Gek (2005) dan Rey (2007) kini masuk Suku Akhir ke 3 pada 19 April 2009 ini.

Dengan mempertaruhkan genre Balada, minggu ini sekali lagi program Bintang RTM mengenengahkan gandingan pengacara tidak asing lagi penyanyi Izwan Pilus dan Alisha yang bersiaran Ahad, jam 8.30 hingga 10.00 malam secara langsung menemui penonton setia TV2. 

Pastinya menerusi Suku Akhir 3 Bintang RTM ini akan menampilkan lima lagi peserta berbakat yang bakal mengikut jejak empat rakan mereka yang telah terpilih menerusi dua suku akhir yang lalu. Peserta-peserta minggu ini iaitu Hasfareza binti Harun (Kangar, Perlis), Shereen binti Anshary (Sungai Buloh, Selangor), Basri bin AG Sharin (Kota Kinabalu, Sabah), Nur Azilla binti Mohd Ibrahim (Kulim, Kedah) dan Amir Mukhtar (Kota Bharu, Kelantan).

Menariknya Bintang RTM Suku Akhir 3 sepanjang satu jam setengah siarannya ini persembahan peserta tidak akan menyampaikan lagu pilihan dan lagu wajib masing-masing pada masa yang sama. Sebaliknya ia diselang-selikan antara peserta yang keluar ke pentas membuat persembahan.

Malah minggu ini Bintang RTM Suku Akhir 3 telah mengundang artis iaitu Kumpulan Sofaz dan Nurul yang sedang popular dengan single terbaharunya, Tika Cinta menghiburkan penonton di Auditorium Perdana, Angkasapuri dan juga di rumah.

Penilaian dan pembahagian markah kepada peserta Bintang RTM melibatkan juri profesional atau bebas untuk menilai kemantapan vokal, persembahan dan penampilan peserta berjumlah 100%. Manakala Teknologi SMS pula untuk menarik perhatian penonton.

Penggunaan SMS dilihat dapat membantu menarik perhatian para penonton kerana mereka terlibat secara lansung dengan pertandingan yang sedang dipertandingkan. SMS hanya akan digunakan untuk proses pengundian kemasukan semula peserta yang telah terkeluar berdasarkan pilihan juri profesional.

Semua peserta yang telah terkeluar dari peringkat suku akhir dan separuh akhir masih mempunyai peluang untuk diserapkan semula bagi bertanding kali kedua, namun SMS tidak akan menentukan kemenangan kerana  juri profesional akan menilai semula para peserta yang telah diserap masuk melalui SMS. Di peringkat kategori Bintang Paling Popular, pengundian secara teknologi SMS digunakan sepenuhnya.

Perkhidmatan SMS hanya digunakan untuk dari peringkat suku akhir hingga peringkat separuh akhir (kemasukan semula) dan ‘Bintang Paling Popular’. Skim Pemarkahan iaitu Vokal (80%) dan Persembahan dan Penampilan (20%) sekaligus jumlah keseluruhan  (100%).

Kesimpulannya seramai 8 orang peserta akan bertanding di Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 dan seorang daripada mereka akan dipilih sebagai Johan yang akan berlangsung 21 Jun 2009.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rentak Juara Suku Akhir 2 Bertemakan Lagu Filem
  • Rentak Juara Suku Akhir Jesselton Kembali Bertanding
  • Rentak Juara Suku Akhir 6 Tema Cinta
  • Rentak Juara Rhythm Of Champions 2010 Cipta Fenomena
  • Aura Bintang RTM 2009
  • Konsert Suku Akhir 4 Rentak Juara
  • Rentak Juara Suku Akhir 1
  • Rentak Juara: Persembahan Enava Mengkagumkan
  • Rentak Juara Suku Akhir Tahniah The Fingers & Silversound
  • Rentak Juara Suku Akhir 3: Superfriends Lahir 4 Pemuzik Terbaik



    • http://- vinc

      Tuan – tuan dan puan -puan yang dihormati serta pencinta-pencinta industri muzik tanah air sekalian . Sememangnya Bintang RTM mengekalkan konsep asal dari dahulu lagi , tapi secara logik dan apa yang kita lihat dari mata kita sendiri , bahawa juri-juri yang dipilih rtm tidak adil sama sekali . Mereka mencari keunikan suara , ya , ini memang tugas dan tanggungjawab mereka , tapi adakah suara seperti lari `pitching ` dan lupa lirik boleh terpilih ? Adakah suara seperti tersumbat bola di bahagian leher dan hidung? Penjurian yang adil telah dilakukan Suku akhir pertama dan kedua , lepas tu penjurian yang agak pilih kasih dan tidak adil telah berlaku . Ini saya mewakil seluruh pencinta muzik tanah air kita buat komen tersebut. Jikalau komen ini tersinggung hati mana-mana pihak , saya minta ampun disini. “ NAK CARI KUALITI SUARA YANG TINGGI ? FIKIR DULU DIMANA LETAK ADIL ITU“ .



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK