Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010



RTM ANJUR PENCARIAN BAKAT NYANYIAN DI KALANGAN KAUM CINA DAN INDIA

Pencarian penyanyi berbilang kaum yang mampu menyanyikan lagu berbahasa Melayu dengan baik direalisasikan RTM sebagai sebuah badan penyiaran yang unggul dengan penganjuran pertandingan nyanyian untuk kaum bukan Melayu menerusi Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 yang diterbitkan hasil kerjasama antara Unit Hiburan TV dengan dua stesen radio miliknya, Radio MINNALfm (Tamil) dan Radio AIfm (Mandarin).

Dianjurkan buat julung-julung kalinya, pertandingan ini pastinya satu pendekatan dalam usaha menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam bentuk nyanyian, sebagai penghubung utama kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia bersesuai dengan konsep 1Malaysia. Malah penganjuran pertandingan Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 sebagai satu platform kepada kaum bukan melayu mempelajari pelbagai aspek tentang kepelbagaian budaya dan adat resam melalui pertandingan ini.

Selain mampu mencungkil bakat-bakat baru dalam nyanyian lagu-lagu Melayu pelbagai rentak di samping memupuk minat rakyat Malaysia daripada kaum bukan Melayu dan peringkat umur terutamanya generasi muda, pertandingan ini memperlihatkan bakat peserta untuk menyanyikan lagu-lagu berirama Melayu sebagai satu wadah budaya yang mencerminkan semangat satu Malaysia.

Buktinya menerusi penerimaan orang ramai yang menghadiri sesi ujibakat peringkat saringan dibahagikan kepada enam zon telah diadakan pada 7 November 2009 (RTM Melaka & RTM Pulau Pinang), 14 November 2009 bertempat di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur & RTM Pahang dan 21 November 2009 di RTM Kota Kinabalu, Sabah & RTM Kuching, Sarawak.

Begitu pun hanya 24 orang yang benar-benar memenuhi kriteria terpilih untuk meneruskan cabaran mereka di Peringkat Separuh Akhir diterbitkan dalam 4 episod disiarkan berturut-turut mulai pada 7 Mac 2010, 14 Mac 2010, 21 Mac 2010 dan 28 Mac 2010 yang akan disertai oleh 6 peserta setiap episod. 2 episod untuk pemenang Suku Akhir dari Radio MINNALfm, dan 2 episod Radio AIfm. Ini bagi memastikan di peringkat akhir, penyertaan mewakili kaum masing-masing adalah sama dimana hanya dua pemenang di dalam setiap episod Separuh Akhir akan dibawa ke peringkat akhir melibatkan 8 peserta terbaik yang telah dipilih.

12 peserta kaum Cina yang telah terpilih adalah Khor Bin Jun, Chung Ming Ming, Loo Wai Yee yang masing-masing berasal dari Selangor, dua orang peserta dari Pulau Pinang, Darren Chin Teik Meng dan Khor Wei Shin, dua peserta Sabah, Bonny Lin Vun Seng dan Lee Cheng Wen jua lima peserta melibatkan Chua An Qi (Johor), Lee Kar Wei (Negeri Sembilan), Thian Eik Cher (Sarawak), Tan Hui Wey (Pahang) dan Tan Yen Ming (Melaka).

Manakala 12 peserta kaum India pula menyaksikan penyertaan oleh Shanthesh Kumar A/L Sukumaran (Selangor), Iris Perrine A/P Vethamoni Asirvatham (Selangor), Prabagaran A/L Mookaya (Kuala Lumpur), Stan Calvin A/L Vethamoni Asirvatham (Selangor), Thandayuthabani A/L Ponnambalam Dass (Pulau Pinang), Marian Shanti A/P Danaraj Jackson (Melaka), Patmasri Dewi A/P Jothiswaran (Sarawak), Vimalan A/L Balapalani (Perak), s.Joseph A/L Stephen (Selangor), Gantharubi A/P Palaniappan (Negeri Sembilan), Philip Martin A/L Devidass @Aruldass (Selangor) dan Lakshman A/L Balakrishnan (Kuala Lumpur).

Untuk mengetahui sejauhmanakah bakat dan kemampuan menyanyikan lagu-lagu popular Melayu disampaikan oleh peserta-peserta yang melayakkan diri ke Peringkat Separuh Akhir, Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 usah ketinggalan menyaksikan siaran langsung pertandingan yang diadakan pada 7 Mac 2010, 14 Mac 2010, 21 Mac 2010 dan 28 Mac 2010, jam 4.00 petang di TV2.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Peserta Wanita Kuasai Bintang Ai-Minnal 1Malaysia
  • Siapa Juara Bintang Ai-Minnal 1Malaysia
  • Bonny Peserta Lelaki Pertama Layak Ke Final Bintang Ai-Minnal
  • Dua Lagi Peserta Ke Finale Bintang Ai-Minnal 1Malaysia
  • Separuh Akhir Pertandingan Bintang Ai Minnal 1 Malaysia
  • Malam Kemuncak GAH 1 di Sunway Lagoon 30 Mei Ini
  • Muaz Dan Azura Personaliti Muda Radio Dan TV
  • Lahir 1 April Dapat Hadiah dari RTM
  • Santai Tonton Piala Dunia di i-CITY Shah Alam
  • Qi & Izzati Jadi Pengacara Impian 1Malaysia



  • 9 Komen untuk entri “Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010”

    1. Ertayasa Piari, S.pd kata:

      Sy pikir semasa pergi Malaysia setahun lalu bahasa Malaysia adala bahasa melayu ternyata sy keliru sebab rata2 orng melayu yg terjumpa tak tahu/tak nak cakap melayu terlebi bngsa cina dan india tahu bahasa sndri, orng cina india jumpa melayu cakap english.. mana bahasa persatuan! Sebenarx inilah jg sebab music tempatan kurang peminat krn bahasa negara tak jelas. mcmmanalah lagu tempatan nak diminati klu tak paham bahasa lirik bhkn tak minat bahasa sndri. ayolah kawan banggalah dngn bahasamu jika perlu kerajaan Malaysia mengharuskan penggunaan bahasa melayu d tempat umum, sekolah2 dan pejabat2 kecuali d rumah. Klu hanya mcm ni lomba nyanyi melayu bagi bngsa cina india, adouhh yg tak paham melayupun bolehlah nyanyi melayu klu ada bakat

    2. Robben696 kata:

      Salam sejahtera, saya berasa gembira dan bangga terhadap RTM kerana menganjurkan pertandingan sebegini yang mengalu-alukan penyertaan kaum bukan melayu untuk menyanyikan lagu melayu. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada pihak RTM. Saya teruja dengan persembahan kebanyakan sahabat kaum cina yang telah menyanyikan lagu melayu dgn baik sekali tanpa kecacatan bahasa. Walau demikian, saya rasa tidak puas hati terhadap persembahan kebanyakan sahabat india yang yang mempunyai pelbagai kecatatan dalam nyanyian mereka. Sebagai seorang kaum india, saya merasakan, adalah tanggungjawab peserta untuk menyanyikan lagu dengan kecatatan minima. Dalam erti kata kasar,”Harus Nyanyi Lagu Melayu Sebagaimana Kaum Melayu Menyanyikannya”. Barula ia akan jadi lagu melayu yang sempurna. Saya berharap peserta peserta tersebut akan bekerja lebih keras untuk merealisasikan impian mereka untuk menjadi bintang ai minnal.

      sekian terima kasih.

    3. Ela kata:

      saya berasa gembira dengan pihak RTM kerana menganjurkan pertandingan sebegini yang mengalu-alukan penyertaan kaum bukan melayu. pertandingan ini seiringan dengan moto perdana menteri kita 1 malaysia.Tahniah dan syabas sekali lagi kepada pihak RTM. Saya teruja dengan persembahan kebanyakan sahabat kaum bukan melayu, yang paling mengembirakan mereka telah menyanyikan lagu melayu dgn baik sekali tanpa kecacatan bahasa. Ada yang peserta yang kurang memuaskan tetapi yang penting mereka mencuba dan berjaya. saya ucapkan tahniah kepada semua peserta, especially joseph memiliki vocal mirip jamal abdilla.

    4. kelly kata:

      saya ingin maklumkan kebanyankan peserta memilih lagu yang ‘SELAMAT’,menang jadi juara pun tidak bangga sebab tak berani nak cabar.sekian terimakasih

    5. ISIDORE kata:

      SAYA INGIN UCAPKAN TANNIAH KEPADA YG BERJAYA MASUK BINTANG AI MINNAL 2010,SAYA BERHARAP YANG BERJAYA MASUK SEMUA OKEY DAN DALAM YANYIAN @ LAKONAN BANYAK CABARAN DEMI CABARAN TETAPI SATU TUJUAN KITA ADALAH UNTUK GILAP LAGI BAKAT2 YANG ADA YA ? SAYA BERHARAP SEMUANYA BUAT DENGAN TERBAIK OKEY…TERIMA KASIH….

    6. talvin kata:

      rancangan ini amat digalakkan utk.perpaduan rakyat yg.berbilang kaum tetapi hanya peserta-perserta ‘teristimewa’ yg. telah pun disingkir dapat dipilih kembali utk.pertandingan,ini membuktikan keputusan para juri tidak muktamad.apa sudah terjadi?

    7. talvin kata:

      saya ingat juri rtm adalah adil,manatahu yang teruk sekali dapat juara bintang ai-minnal.

    8. talvin kata:

      DARI SEGI PENILAIAN TAHAP INDUSTRI MUZIK M’SIA ADALAH SEMAKIN MEMBINBANGKAN SELEPAS ‘SCENARIO’ AI-MINNAL.BAYANGKAN KESENIAN KITA MENJADI SATU REALITI YANG AKAN MEROSOT SELEPAS 5 TAHUN DARI SEKARANG.

    9. bambang kata:

      syabas rtm..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK