in

Bila Puisi Tanahair Usman Awang Dilagukan

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2013, PETRONAS telah memberikan nafas baru kepada puisi berjudul ‘Tanahair’ nukilan sasterawan ulung negara, Allahyarham Datuk Usman Awang bagi memupuk semangat perpaduan di negara ini.

Puisi ‘Tanahair’ itu telah diadaptasi menjadi sebuah lagu dengan tajuk yang sama lengkap dengan klip video bagi menarik minat generasi muda Malaysia menghayati sekali gus menyampaikan mesej perpaduan dan toleransi di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

L-R_Stacy, Aizat, Suki and Alinda performs Tanahair composed by Audi Mok for PETRONAS

Komposer terkenal Audi Mok telah dipilih untuk menggubah lagu tersebut yang dinyanyikan oleh artis-artis muda seperti juara Akademi Fantasia, Stacy, juara One In A Million, Suki, juara Astro Vaanavil Superstar, Alinda serta penerima Anugerah Industri Muzik, Aizat.

Lagu tersebut akan diperkenalkan melalui beberapa aktiviti yang akan diadakan di Kuching, Kota Kinabalu dan Lembah Klang dengan penampilan khas oleh para artis yang terlibat.

Kesemua artis juga akan melakukan persembahan dengan diiringi Orkestra Filharmonik Belia Malaysia di pameran Hari Malaysia pada 15 September bertempat di The Square di Publika, Solaris Dutamas pada pukul 5.00 petang. Pameran itu juga akan menampilkan persembahan muzik dan pembacaan puisi.

Selain daripada lagu ‘Tanahair’, PETRONAS turut menghasilkan siri video 12 episod yang ditayangkan melalui YouTube yang memaparkan masyarakat etnik di Sabah dan Sarawak. Melalui video ini, penonton dapat menyaksikan gambaran kehidupan masyarakat Malaysia Timur serta perayaan dan budaya mereka yang kaya.

Siri video yang dihoskan oleh Pamela Chong ini dirakam di beberapa lokasi di Ranau, Sabah dan Batang Ai, Sarawak sebagai sebahagian daripada Kempen Komunikasi Kaamatan/Gawai PETRONAS.

Daripada 12 episod, dua episod khas akan mengetengahkan pesanan singkat yang merangkumkan harapan dan impian masyarakat Malaysia Timur sempena memperingati Hari Malaysia yang ke-50. Episod khas tersebut akan dimuat naik ke laman Youtube Rasmi PETRONAS pada 13 dan 16 September 2013.

Untuk menyaksikan video istimewa Hari Malaysia, sila kunjungi laman Youtube rasmi PETRONAS:
http://www.youtube.com/user/PETRONASOfficial

Audi in discussion with the singers during the recording of Tanahair, a reintepretation of the poem by the late National Poet Laureate, Datuk Usman Awang

Aizat in his baju Melayu for the PETRONAS Tanahair music video

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Derhaka Seorang Madu

Sebab Nelydia Senrose Suka Guna Losyen ENCHANTEUR Paris