Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











ADV: Big Mac Chant Challenge – Nuffnang



Korang semua petah berkata-kata macam penyanyi rap tak? Dan… suka makan burger Big Mac? Ha tak kisahlah, kalau korang ada kedua-dua kriteria yang Budiey sebutkan, mungkin berita ini menjadi berita baik untuk korang. Mc Donald dengan kerjasama Nuffnang sekarang tengah mencari penggemar Burger untuk memenangi wang tunai RM10,000!!! Wow! Banyak tu, beb! Duit sebanyak itu boleh beli bekalan burger Big Mac untuk 5 tahun? Haha!

Korang boleh menangi duit ini dalam BIG MAC CHANT! Alah, macam kat dalam iklan Mc D yang disiar kat TV sekarang ni tu la.

Korang mau join contest ni? Ini caranya!

Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Anda hanya perlu merakam satu video peribadi sambil beraksi dengan GAYA yang PALING KREATIF menyebut BIG MAC CHANT iaitu:

“Two All-Beef Patties,
Special Sauce, Lettuce,
Cheese, Pickles, Onions
On A Sesame Seed Bun!”

Berapa lama durasi video tu, tak kisah sangat. Yang penting, asalkan ianya dalam bentuk kreatif dan idea mesti kena mantap beb!

2. Upload video anda itu di Youtube.

3. Hantarkan email, nombor telefon untuk dihubungi berserta dengan link atau URL video Youtube tersebut di BigMacChant@nuffnang.com dengan tajuk email BIG MAC CHANT!

4. Kemudian, moderator akan menilai dan meneliti video tersebut samada layak dan mematuhi segala peraturan.

5. Dan siap! Ada berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM10,000!!!

Dan Budiey pun ada rakam video sendiri untuk Big Mac Chant Challenge ni. Video rakaman Budiey ni dibuattanpa menjalani sebarang latihan insentif. LOL!

KENANGAN PALING MANIS DI MC DONALD
Masih ingat lagi, kenangan manis bersama dengan kawan-kawan meraikan hari jadi di asrama dulu. Masa tu memang meriah sebab semua kawan-kawan buat kejutan (suprise) dengan membeli burger Big Mac di Restoran Mc Donald yang berdekatan. Tak sangka diorang boleh buat surprise macam tu. Mentang-mentanglah kita ni suka sangat makan burger Mc Donald. Diorang memang faham sangatlah apa yang Budiey suka makan.

Apabila dah diraikan dengan makanan kegemaran, memanglah rasa terharu sangat sehingga rasa nak mengalir air mata. Kemudian, yang paling seronok bila diorang buat pertandingan makan burger Big Mac paling pantas. Huhu… tapi sah-sah ada yang tercekik sebab tak cukup minum air. Kalau diingatkan, memang rasa seronok.

Sekarang, nak makan Mc D senang je, cuma buat pesanan dan tak sampai 30 minit, Big Mac akan berada depan mata. Dulu, masa Budiey belajar, kalau nak makan burger Big Mac nak kena pergi bandar. Mmm… ye lah, zamankan dah berubah.

Itu je lah, Budiey nak cerita kat korang pasal makanan kegemaran Budiey ni… Big Mac lah apa lagi. Sebut pasal Big Mac, sekarang ni kat Mc Donald ada Mega Mac! Wow! Memang puas hati makan sebab burger Mega Mac ni lebih besar dari biasa! Cubalah!

Oh ya, untuk info lanjut bagi korang yang nak masuk peraduan ni, sila layari:
http://www.nuffnang.com.my/bigmacchant

Ha, apa tunggu lagi, nak menang duit besar, sertai sekarang McDonalds Big Mac Chant Challenge sekarang! LOL!

[tags]advert, big mac, mcdonald website, tips burger, eat, patties, cheese, pckles, sesame[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • U.S. EMBASSY LAUNCHES DEMOCRACY VIDEO CHALLENGE
  • Top Chef Masters
  • ENTER THE CARTOON NETWORK HERO UP CHALLENGE!
  • KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011
  • CellLabs Sheep Placenta The Revitalising Capsule
  • Samsung Nurtures Young Malaysian BADA Technopreneurs
  • Monumental Challenge
  • EXTREME MARKSMEN New Series
  • World Food Day Specials Top Chef Marathon
  • KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009



  • 3 Komen untuk entri “ADV: Big Mac Chant Challenge – Nuffnang”

    1. obefiend kata:

      lol

      seems like fun. i’m not really a fan of bigomac. i’m a BK person myself but i’ll give it a go. it’s all about the Benjamins baby!

    2. Zaza kata:

      kelako la ko budiey terbelit lidah katernye hahahha

    3. obefiend kata:

      aik edit ada gamba plak. hmm. looks nice tetiba. im off to mickey D

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK