in

Biasiswa Maxis Untuk Bakat Muda Ke Universiti Terkemuka

Menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis ke 10 pelajar siswazah yang akan melanjutkan pelajaran di universiti-universiti terkemuka. Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis menunjukkan komitmen Maxis dalam memupuk bakat-bakat muda Malaysia dengan melengkapkan mereka dengan peluang pendidikan bertaraf dunia

Maxis Berhad (Maxis) terus menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap pendidikan dan pembangunan kepimpinan dengan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (Maxis Scholarship for Excellence Awards – MSEA) kepada 10 pelajar muda Malaysia yang cemerlang. Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, di satu majlis khas yang diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Ogos.

Penerima biasiswa MSEA pada tahun ini terdiri daripada 10 siswazah yang akan menuntut di universiti-universiti antarabangsa terkemuka seperti London School of Economics, Imperial College London, University of North Carolina at Chapel Hill dan University of Queensland, antara yang lain. Para pelajar telah dipilih oleh panel hakim berwibawa dari Maxis dan juga dari pihak luaran.

[url=https://flic.kr/p/pc7q5s][img]https://farm4.staticflickr.com/3878/15221938786_4b283bb999_o.jpg[/img][/url][url=https://flic.kr/p/pc7q5s]Maxis[/url] by [url=https://www.flickr.com/people/69299715@N00/]Budiey[/url], on Flickr

MAXIS MENYAMPAIKAN BIASISWA KEPADA BAKAT-BAKAT MUDA KE UNIVERSITI-UNIVERSITI TERKEMUKA

Berucap pada majlis tersebut, YM Raja Tan Sri Arshad berkata, “Kami fahami bahawa apa jua kejayaan dalam transformasi ekonomi negara bergantung kepada keupayaan kami untuk memupuk bakat Malaysia dalam memenuhi keperluan pembangunan masa hadapan. Ia adalah dengan kepercayaan ini kami akan sentiasa memberi sokongan padu kepada golongan muda Malaysia dalam memenuhi aspirasi dan potensi mereka dengan membuka peluang kepada mereka melalui program MSEA kami.”

Penerima biasiswa Tien Eu Min, yang akan mempelajari bidang Psikologi di University College London, melahirkan kegembiraan dan perasaan terima kasih setelah dipilih sebagai salah seorang penerima MSEA. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan bakat muda mereka dan untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada negara melalui program MSEA.”

Girrja a/p Mohandass, yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Imperial College London, berkata, “Ia benar-benar satu penghormatan untuk menjadi salah seorang penerima MSEA. Ini adalah peluang sekali seumur hidup dan saya amat berterima kasih kepada Maxis diatas peluang ini. Selepas tamat pengajian saya, saya sangat tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada Maxis dimana saya percaya saya boleh menimba ilmu berharga dan kemahiran yang diperlukan dalam dunia korporat.”

Seorang lagi penerima MSEA, Mohd Afiq Bin Mohd Fauzi, yang akan mempelajari bidang Ekonomi di University of Queensland, berkata, “Rasanya luar biasa menjadi penerima MSEA. Saya masih bangun pada waktu pagi dengan perasaan penuh keterujaan! Saya telah menunggu begitu lama untuk peluang melanjutkan pelajaran, dan untuk mendapatkannya dari salah satu program biasiswa yang paling didambakan di negara ini adalah satu penghormatan yang amat tinggi sekali.”

Usaha-usaha berkaitan pendidikan Maxis yang lain termasuk projek perdana Cyberkids yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan menyediakan pelajar Malaysia dengan kemahiran berkaitan teknologi. Setakat ini, Maxis telah mendekati lebih daripada 9,200 pelajar dan guru-guru di lebih 1,500 sekolah di seluruh negara. Pada tahun 2012, program Cyberkids telah diperluaskan ke Sekolah-Sekolah Keperluan Khas.

Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Istimewa TV3 Meraikan Ulangtahun Malaysia Ke-51

Peluang Keemasan Jadi Pramugari & Pramugara