in ,

Pertunjukan Fesyen BIANCO MIMOSA di International Fashion Week Dubai Bakal Cipta Sejarah Tersendiri

Tahniah buat jenama fesyen terkenal, Bianco Mimosa yang bakal melakar sejarah mengangkat nama Malaysia di mata dunia apabila dijemput untuk memperagakan koleksi terbaru di International Fashion Week Dubai (IFWD) yang akan berlangsung 20 hingga 21 Oktober ini.

Bianco Mimosa

Jenama fesyen couture ini akan membawakan 18 koleksi fesyen khas yang terdiri daripada 10 fesyen yang berkonsepkan Tongkang Yard dan 8 fesyen Abaya. Bianco Mimosa akan mengetengahkan konsep Malaysia dengan membawa imej tempat kelahirannya sendiri, Tongkang Yard, yang terletak di Ipoh Kedah.

Pastinya ini satu pengiktirafan yang bermakna kerana agak jarang untuk pereka dari Malaysia diberi peluang untuk menyertai pertunjukan fesyen bertaraf antarabangsa. Tonton video lanjut di saluran Youtube Budiey.com:

Budiey berkesempatan untuk hadir di sidang media yang diadakan di Pusat Komersil TSB Sungai Buloh untuk mengumumkan tentang berita yang seharusnya kita banggakan ini.

Menurut pengasasnya, Datuk Ida Suraya Mustafa berkata, beliau merupakan pereka fesyen pertama Malaysia yang berpeluang menyertai pertunjukan di IFWD  dan berkongsi pentas bersama pereka tersohor dunia. Koleksi fesyen ini akan diperagakan Miss Universal 2017.

“Ia satu pengiktirafan yang besar buat saya kerana diberi peluang untuk menyertai pertunjukan fesyen di Dubai yang bertaraf antarabangsa.

“Penganjur begitu bersungguh-sungguh mahukan saya menyertai pertunjukan fesyen ini dan memberi kepercayaan untuk menjayakan sesi pembukaannya,”

Ida Suraya berkata, sesi pembukaan fesyen itu melibatkan lebih banyak pertunjukan dan Bianco Mimosa akan membawakan 18 koleksi fesyen khas yang terdiri daripada 10 fesyen yang berkonsepkan Tongkang Yard dan 8 fesyen Abaya.

Katanya, Bianco Mimosa akan mengetengahkan konsep Malaysia dengan membawa imej tempat kelahirannya sendiri, Tongkang Yard, yang terletak di Ipoh Kedah.

“Oleh kerana kekangan masa, saya hanya mampu siapkan 10 koleksi utama. Saya ambil pengalaman zaman kanak-kanak ketika membesar di Tongkang Yard sebagai ilham pertunjukan fesyen kali ini. Saya ambil kira suasana kampung ketika itu dan aktiviti yang menjadi tradisi seperti bermain wau dan sampan yang semakin ketinggalan hari ini. Saya ingin mengembalikan memori dulu di pentas antarabangsa sekali gus mengetengahkan budaya Malaysia,”

Menurutnya, beliau memperuntukkan kos sehingga RM100,000 untuk menyiapkan kesemua rekaan dan kualiti fabrik tetap menjadi keutamaan Bianco Mimosa dalam mengetengahkan fesyen.

Katanya, fabrik yang digunakan ialah 100 peratus silk dan dari Itali.

“Itulah identiti Bianco Mimosa. Bukan sekadar memperagakan fesyen tetapi turut memperkenalkan fabrik berkualiti.

“Saya harap dengan penyertaan kali ini, ia dapat mengetengahkan lagi jenama Bianco Mimosa selain buka peluang kepada ramai pereka tempatan teroka pasaran fesyen di Dubai,” katanya yang merancang membuka butik di negara itu.

Selain Bianco Mimosa, jenama fesyen yang kian meningkat, Dache akan turut menjayakan pertunjukan fesyen di IFWD.

Pengasasnya, Yadz Haryati Harudin berkata, Dache akan bawa konsep Rangoli Moden yang terkenal di kalangan masyarakat India dengan 10 rekaan fesyen dengan permainan warna menarik.

Sumber: Sinar Harian

Bianco Mimosa

Bianco Mimosa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persis Pertaruh Single Terbaru MIMPI

Anugerah Skrin 2017 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu