Beverly Hills 90210 Garapan Darren Star Melrose Place, Sex & The City

BEVERLY HILLS 90210
Selamat datang ke kejiranan penuh glamor

blogTerasa seperti ingin kembali ke era 90-an dan mula mengingati saat-saat manis terdahulu? Kini 8TV memberikan anda peluang dengan membawakan kepada anda drama bersiri popular Beverly Hills 90210 yang akan memulakan siarannya pada 14 Jun 2008, setiap hari Sabtu jam 11.45 malam.

Hasil garapan idea Darren Star (Melrose Place, Sex & The City) dan diterbitkan oleh Aaron Spelling and Spelling Televisyen, Beverly Hills 90210 telah ditayangkan buat pertama kalinya pada tahun 1990 di saluran FOX Amerika Syarikat.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim kata:

“Saya masih teringat pada zaman remaja saya apabila saya dan rakan-rakan berjaga hingga lewat malam semata-mata untuk menonton Beverly Hills. Ia merupakan sebuah drama bersiri yang boleh dikaitkan dengan persekitaran kita kerana siri ini memaparkan kisah kehidupan remaja yang menyentuh masalah sosial. Walaupun begitu, di akhir setiap episod kita dapat mempelajari pengajaran di sebalik sesuatu kisah. Para peminat dan penonton kami pastinya akan berasa gembira dan teruja menonton drama ini kerana siri ini mendekati kita semua tentang fasa hidup dalam kehidupan masing-masing. Zaman remaja merupakan waktu peralihan yang membuatkan seseorang itu sering merasa keliru dalam memilih jalan hidup mereka terutamanya jika mereka terlibat dalam masalah sosial. Beverly Hills juga menggambarkan betapa pentingnya hubungan persahabatan yang membuatkan mereka saling memberikan galakkan dan sokongan antara satu sama lain dalam terus menjalani kehidupan walaupun selepas berlakunya kesilapan. Saya pasti peminat dan penonton kami akan mendapat serba sedikit pengajaran tentang bagaimana membuat keputusan yang penting dalam hidup mereka.”

Nama 90210 merujuk kepada satu kawasan di Beverly Hills, California yang memaparkan sekumpulan remaja yang tinggal dalam satu komuniti kelas atasan dan penuh dengan bintang-bintang popular serta menuntut di West Beverly Hill High School.

Beverly Hills 90210 memaparkan kisah mengenai adik beradik kembar Brendon (Jason Priestly) dan Brenda Walsh (Shannen Doherty) yang berpindah ke Beverly Hills dari Minnesota. Tidak sama seperti di Minnesota, kedua-dua mereka akhirnya sedar kehidupan di Beverly Hills mementingkan gaya hidup yang mewah dan penuh glamor.

Untuk menyesuaikan keadaan, Brandon dan Brenda berkawan dengan pelajar-pelajar di sekolah tersebut termasuk seorang pelajar manja yang datang dari sebuah keluarga yang kaya-raya bernama Steve Sanders (Ian Ziering) yang bercinta dengan seorang gadis cantik iaitu Kelly Taylor (Jenn Gath); seorang gadis sombong bernama Andrea Zuckerman (Gabrielle Carteris); seorang remaja nakal bernama Dylan McKay (Luke Perry); seorang remaja kacak bernama David Silver (Brian Austin Green) dan seorang pelajar yang naïf bernama Donna Martin (Tori Spelling).
 
Sepanjang drama ini disiarkan, ahli kumpulan ini secara perlahan-lahan menjadi rapat antara satu sama lain dan detik-detik percintaan pun mula berputik di antara mereka. Sementara itu Andrea mula jatuh cinta dengan Brendon manakala Brenda pula tertarik dengan Dylan McKay. Di samping itu, Donna pula keluar membuat temujanji dengan David.

Siri ini berterusan dengan pelbagai cabaran apabila mereka cuba untuk mengekalkan persahabatan mereka dan pada masa yang sama juga bercinta, masalah peribadi dan keluarga, tragedi serta masalah penagihan dadah yang tidak berkesudahan.

Adakah mereka akan dapat mengekalkan persahabatan mereka walaupun terdapat pelbagai isu yang melanda mereka? Adakah mereka mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran ini?

Untuk mengetahui kisah ini dengan lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan siri TV yang penuh drama ini dan bersama-sama menyelami saat suka dan duka kehidupan remaja-remaja ini di Beverly Hills 90210 hanya di 8TV pada setiap hari Sabtu, jam 11.45 malam bermula pada 14 Jun 2008 atau secara alternatif di Astro saluran 708.

[tags]beverly hills 90210, Melrose Place, Sex & The City, Darren Star, Aaron Spelling, Spelling Televisyen, beach holidays, bernikah, captains, ghost ntv7, indonesia bali, massage, Nazrudin Habibur Rahman, nexus karambunai, serene thailand, sheahnee lee, tanjung rhu, the breakfast show ntv7, visit indonesia year, sime darby, wedding gift, botox girl, breast job, California[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SORAK BORAK EURO HANGATKAN EURO CUP 2008 FEVER

Gambar Baju Mandi Maya Karin Swimsuits Photo