in ,

Betul Ke Zizan Punca Pengambaran Cicakman 3 Ditunda?

Dengarnya, penggambaran filem Cicakman 3 lakonan Zizan, Lisa dan Fizz Fairuz telah ditunda ke Januari tahun depan. Dikatakan ia disebabkan Zizan yang terikat dengan beberapa projek, termasuk sebuah program realiti. Ada khabar angin mengatakan, Zizan Razak akan menjadi pengacara Akademi Fantasia 2013. Haaa, betul ke? Budiey rasa okay gak Zizan jadi pengacara sebab dia kan suka buat lawak. Jadi, takdelah skema sangat AF2013 nanti, betul tak?

[pullquote align=”right”]Dengarnya, ramai yang terbabit dengan projek besar itu terkilan sebab penundaan ini. Ala tak pe la tu, biasalah. Korang bawa bersabar okay?[/pullquote]

Bila ada masalah tunda ni, adalah nanti jadual kerja pelakon dan krew lain berubah. Termasuklah ada yang dah buat bersedia lebih awal, tiba-tiba, tunda lak.

Menurut Norman Abdul Halim, jadual Zizan yang padat bukan satu-satunya alasan mengapa filem itu ditunda. Banyak lagi sebab lain.

Sebagai penerbit, dia faham keadaan Zizan dan perlu bertolak-ansur, jadi kesalahan tidak perlu diletakkan kepada pelakon dan pelawak terkenal itu.

“Selepas sidang akhbar filem Cicak Man, beberapa penaja berminat untuk terbabit dengan projek ini dan urusan berkenaan perlukan lebih masa. Kami juga menanti surat rasmi kelulusan Intensif Perfileman Malaysia (Filming in Malaysia Incentive) daripada Finas. Dan, Zizan ada komitmen lain. Apabila perkara ini berlaku serentak, kami putuskan untuk tangguhkan dulu penggambaran.

“Sebenarnya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Setidak-tidaknya, kami ada lebih masa untuk buat persediaan untuk pastikan hasilnya nanti lebih baik. Saya berbincang dengan kru dan pelakon dan mereka tiada masalah untuk memulakan penggambaran pada Januari nanti.

“Buat masa ini, kerja pra produksi diteruskan, malah jabatan seni dan kostum mengumpul material terbaik untuk pastikan filem ini lebih baik daripada dua filem terdahulu.”

Kru Studios juga akan mengumumkan nama penaja sebelum penggambaran bermula.

Diharapkan selepas ini, Zizan tidak dipersalahkan dan tiada lagi spekulasi mengenai Cicak Man 3 yang bakal diarahkan Yusry, malah Zizan tidak terus dipersalahkan.

ZIZAN RAZAK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Melodi 2013